Artis Hiburan

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Sharing is caring!

Sejak majlis risik tahun lepas, ramai pihak yang ternanti-nantikan detik perkahwinan kedua pelakon terkenal Elly Mazlein. Malah teka-teki mengenai gerangan suami kepada pelakon drama ‘Kampung People’ itu akhirnya terjawab apabila wajah Mohamad Azlan Che Nuh diperkenalkan. Bagaikan pinang dibelah dua, kedua-dua mempelai ini diraikan dalam majlis penuh bermakna yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC pada hujung minggu lalu. 

BACA: Jodoh Tak Pernah Salah Alamat, Suami ‘Bocorkan’ Bibit Cinta Dengan Elly Mazlein

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Barisan gadis dulang curi tumpuan ramai

Selain Kak Lina Pom Pom dan suami pendidiknya, turut mencuri tumpuan adalah barisan pengapit atau ‘gadis dulang’ yang mengiringi pengantin dalam majlis bertemakan ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’. Lengkap mengenakan persalinan berwarna merah jambu pastel, perarakan masuk kesemua selebriti wanita berkenaan nyata telah memeriahkan lagi majlis nikah Elly dan Azlan.

Sedondon dengan suami masing-masing

Penampilan Fasha Sandha dengan ‘baby bump‘ antara yang telah mengejutkan ramai pihak kerana dia pernah mengalami keguguran sekitar Jun tahun lepas. Atas alasan tertentu, dia tidak bersedia untuk mengulas tentang usia kehamilan. Namun isteri kepada Aidil Aziz ini berharap agar orang ramai mendoakan kesihatan diri dan bayinya. Dalam pada itu, Linda Hashim juga menghadiri majlis tersebut bersama suami tercinta iaitu pelakon Beego.


Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Mommy jelita & hot

Walaupun sibuk menguruskan anak dan keluarga, namun barisan selebriti ini membuktikan bahawa para ibu juga boleh tampil jelita. Baru sahaja pulang selepas menunaikan umrah bersama 2 orang anaknya, Rita Rudaini menyifatkan pengalaman itu sebagai antara detik terindah dalam hidupnya. Dalam pada itu Nad Zainal pula kelihatan elegan tanpa mengenakan contact lens sewaktu majlis berkenaan. Manakala Jasmine Ashraff dan juga Azza kelihatan anggun sekali dalam persalinan hijab masing-masing.

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis


Kuat & menawan..

Dalam pada itu, Farahdhiya pula kelihatan sangat menawan meskipun baru kehilangan bapa tercinta sekitar 2 minggu lepas. Dalam satu pendedahan berita, dia juga sudah reda dengan pemergian individu yang boleh dianggap sama penting dengan nyawa sendiri. Dalam pada itu, antara yang turut terlibat sama dalam majlis berkenaan adalah pelakon Intan Sarafina. Selain kemunculan teman-teman rapat Elly Mazlein ini, majlis itu juga dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Akim Ahmad, Nizam Laksamana, Gmie Screen, Intan Sarafina serta Aris Ariwatan.

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Sumber: Instagram iamellymazlein


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Cantik Macam Zaman Anak-Anak Dara, Penampilan Bridemaids Elly Mazlein Win Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram