Viral

Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?”

Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?”
Rasaflix

Sharing is caring!

Hampir menjelang perayaan Chinese New Year beberapa hari lagi, kebanyakan masyarakat Cina sudah membuat bermacam persiapan. Bukan itu sahaja, ada juga anak-anak perantauan juga sudah mula pulang ke tanah air bagi menyambut perayaan tersebut bersama ahli keluarga tercinta. Tidak ketinggalan, baru-baru ini seorang pemuda juga sempat membuat kejutan khas kepada ibunya selepas sudah lama tidak bersua muka.


BACA : [VIDEO] Buat Surprise Balik Cuti Sem, Tak Sangka Hampir Dihempuk Tudung Saji

Hadap 30 jam perjalanan…

Setelah 3 tahun dia tidak pulang menyambut perayaan besar mereka, pemuda ini nekad mengharungi 30 jam perjalanan dari luar negara demi menemui keluarga di Malaysia. Pada awalnya, si ibu yang berjalan sambil ditemani suami di sisi masih tidak sedar bahawa anak bertuahnya sudah pun menunggu di dalam kereta. Saat pintu dibuka, barulah dia terkesima melihat insan yang melangkah keluar rupanya adalah anak sendiri.

Kau dah gila ke? Macam mana boleh ada kat sini?

Terkejut dengan kemunculan anaknya yang sudah bertahun tidak pulang bersua muka kerana hidup merantau, wanita itu gagal menahan sebak sebelum memeluk dan memberikan kucupan mesra. Tidak ketinggalan, dia juga mempersoalkan mengapa anaknya terfikir untuk membuat ‘kerja gila’ dan tiba-tiba sahaja berada di situ tanpa diberitahu terlebih dahulu.


Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?” Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?”

Mak mesti rindu anak dia…Tak boleh berhenti tengok

Sejak dikongsikan semalam, rakaman berdurasi 37 saat itu sudah meraih ratusan ribu tontonan daripada netizen. Mereka juga terharu dengan kemanisan detik indah itu di samping memberikan ucapan bersempena perayaan besar yang akan tiba beberapa hari lagi.


Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?” Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?” Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?”

Sumber : Twitter The Ben Yap

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Buat Surprise Lepas 3 Tahun Tak Balik CNY, Ini Pula Reaksi Mak – “Kau Gila Ke?”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram