Utama Gaya Hidup Betul Ke Boleh Bantutkan Zuriat? Ini Penjelasan Hukum Menikahi Sepupu Sendiri

Betul Ke Boleh Bantutkan Zuriat? Ini Penjelasan Hukum Menikahi Sepupu Sendiri

Berbicara soal jodoh, ianya sudah tertulis sejak di Luth Mahfuz lagi. Seringkali kita tercari-cari calon yang sesuai untuk dijadikan teman hidup, tapi siapa sangka sebenarnya jodoh kita berada dalam lingkungan ahli keluarga sendiri. IsIam membenarkan perkahwinan dengan anak kepada ibu saudara dan bapa saudara sendiri atau nama lain, sepupu. Biarpun begitu, masih terdapat pertikaian mengenai isu ini, malah ada yang beranggapan perkahwinan sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada zuriat dan keturunan. 

BACA: [VIDEO] Tak Tutup Aurat, Suami Yang Tanggung? Ini Jawapan PU Azman Kepada Jihan

Menjawab persoalan ini, dua orang pendakwah bebas yang popular di Malaysia iaitu PU Azman dan Ustaz Kazim Elias ada mengulas mengenai perkara tersebut. Menegaskan tentang hukum mengahwini sepupu, kedua-dua mereka jelas memberitahu hukumnya adalah dibolehkan dalam IsIam tanpa keraguan.




Boleh kahwin sepupu

Tegas PU Azman, apa jua keadaan misalnya sepupu sebelah ayah ataupun ibu, hukumnya tetap dibolehkan sambil berseloroh yang menjadikannya haram jika berkahwin lebih daripada kuantiti yang dibenarkan dalam agama.

Tak beri kesan pada zuriat

Menjawab tentang pertikaian kononnya anak menjadi cacat jika berkahwin dengan sepupu sendiri, Ustaz Kazim Elias berkata perkara tersebut boleh terjadi kepada mana-mana suami isteri tanpa perlu disabitkan dengan perkahwinan dengan sepupu. Jelaslah, perkahwinan dengan sepupu adalah diharuskan dalam IsIam. 

Nabi Muhammad mengahwini sepupu sendiri

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim juga menegaskan bahawa perkahwinan sesama saudara ini telah berlaku sejak zaman baginda Rasulullah SAW lagi. Misalnya, Nabi Muhammad sendiri telah berkahwin dengan sepupunya, Zainab Binti Jahsy manakala anaknya baginda Fatimah Binti Rasulullah telah berkahwin dengan sepupu baginda, Ali Bin Abi Talib. 




Sumber: Instagram PU Azman & Utusan

Artikel Popular