Utama Gaya Hidup "Before Pergi Club, I Akan Solat & Berdoa Supaya Nikmat Ni Ditarik,...

“Before Pergi Club, I Akan Solat & Berdoa Supaya Nikmat Ni Ditarik, Syukur..”

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang tidak melaksanakannya maka dia telah meruntuhkan agama”. Itulah hadis yang sahih tetapi nampaknya masih ramai yang tidak sedar dengan suruhan tersebut. Benar, seorang hamba itu tidak lari daripada melakukan dosa, namun ibadah wajib ini tetap perlu dilaksanakan. Begitulah, situasi yang cuba disampaikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @tweetfairys. Perkongsian tersebut difahamkan rentetan daripada isu yang viral baru-baru ini. 

BACA: [VIDEO] Tak Tutup Aurat, Suami Yang Tanggung? Ini Jawapan PU Azman Kepada Jihan

Semuanya gara-gara kekecohan yang berlaku di media sosial tentang satu tweet dimana seorang lelaki ini sempat menunaikan solat sebelum melakukan hubungan haram dengan seorang wanita. Perkara itu lantas menjadi perbincangan hangat oleh netizen di ruangan media sosial tersebut termasuklah pengguna Twitter ini.




Disebabkan itu, pengguna Twitter berikut telah memuatnaik status yang pernah dibuat oleh Instafamous terkenal, Nisha Ezzati di bahagian IG Story. Dalam paparan tersebut, wanita ini bersetuju dengan pengalaman milik rakan lelaki kepada Nisha sebelum dia berhenti daripada kegiatan ke kelab malam. 

Sebelum pergi club, dia akan solat dulu dan berdoa semoga Allah tarik perasaan seronok pergi ke kelab malam. Dia masih pergi kelab, tapi dia akan berdoa dahulu. Alhamdulillah, lama-kelamaan perasaan seronok tu hilang.

“Jahat macam mana pun, jaga solat!”

Memetik kenyataan daripada Instagram Story tersebut, dia berpendapat bahawa biarpun kita telah melakukan banyak keaiban di atas muka bumi, namun solat itu mesti diutamakan. Malah, kita tidak perlu berasa malu dengan Tuhan untuk solat kerana sesungguhnya solat itu pencegah kemungkaran.




Gambar sekadar hiasan

Berharaplah sepenuhnya pada Tuhan

“Buat apa nak solat kalau buat dosa lain?” Ayat ini mungkin selalu disogokkan oleh kawan-kawan ketika kita masih berusaha untuk menjaga solat. Namun, wanita ini menasihatkan orang di luar sana agar sentiasa memohon pertolongan daripada Allah kerana hanya solat sahaja yang menentukan seseorang hamba itu masih berharap pada Allah. Jadi, jangan malu.

Sumber: Twitter tweetfairys

Artikel Popular