Keluarga

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Sharing is caring!

Jodoh, ajal dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu menerima ketentuan tersebut dengan hati yang redha. Walau bagaimanapun, hakikatnya bukan mudah untuk menelan peritnya kehilangan orang yang tersayang secara tiba-tiba. Samalah seperti seorang wanita ini yang masih lagi berduka selepas perginya si suami dalam sebuah nahas jalan raya. 

BACA: Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan Voice Note Terakhir Sebelum Pergi

Masih rindukan suami walau sudah sebulan berlalu

Menerusi satu perkongsian syahdu itu, wanita yang dikenali sebagai Amy Mastura telah menceritakan tragedi hitam menimpa keluarganya. Kejadian yang berlaku pada tanggal 12 Disember 2019 lalu telah meragut nyawa suami tercinta sekelip mata. Jelasnya, dia sangat merindui Allahyarham serta masih lagi teringat detik-detik terakhir mereka berdua meluangkan masa bersama. Malah seminggu sebelum lelaki itu pergi, dia sempat bertanyakan adakah Amy mampu ditinggalkan sendiri. 

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Beria-ria nak bawa anak keluar bersiar di bandar

Lelaki berkenaan turut menunjukkan beberapa tingkah laku aneh seperti enggan makan walapun ditawarkan beberapa kali. Malah suaminya juga beria mengajak dirinya dan juga satu-satunya anak mereka untuk keluar berjalan sehari sebelum kejadian. Walau bagaimanapun luluh hatinya saat menerima panggilan mengatakan pemuda tersebut terlibat dengan kecelakaan jalan raya yang disangka hanya kejadian kecil. Meskipun si suami dikejarkan ke zon kritikal namun pemuda berkenaan disahkan pergi untuk selamanya. 

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

 

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Sumber: Facebook Amy Mastura

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Beria Nak Bawa Anak Keluar Berjalan, Rupanya Petanda Akan ‘Pergi’ Selamanya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram