Viral

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Sharing is caring!

Sebelum ini pernah tular di media sosial tentang kisah seorang lelaki, Farhan Zaimi yang menghidap sejenis kanser di tahap empat. Pemuda tersebut dilihat meminta bantuan kewangan secara umum bagi meringankan bebannya untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin terjejas dari sehari ke sehari. Semalam, Farhan telah disahkan menghembuskan nafas terakhir melalui satu posting yang dimuat naik oleh abangnya. 

BACA: [VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik Pergi Kerana Kanser Tahap 4

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Tak sangka yang ni last dengar suara dia 

Seorang insan yang pernah menghulurkan bantuan kepadanya dilihat memuat naik satu video mendengarkan ‘voice note’ kiriman pemuda itu. Rakaman suara itu merupakan mesej terakhir yang sempat dihantar olehnya sebelum kembali ke rahmatullah. Dia sempat berterima kasih kepada semua orang yang pernah menolongnya sebelum ini. Malah turut berpeluang mengirimkan doa semoga mereka semua dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. 


Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Ramai individu hulur bantuan dari segi kewangan

Terdahulu, beberapa individu prihatin di laman Twitter telah menjalankan pengutipan dana serta bantuan untuk pemuda berkenaan. Malah, ada yang turut berkesempatan melawat sewaktu dirinya terlantar di sebuah pusat perubatan. Selebriti terkenal, Neelofa turut mendoakan kesembuhan lelaki tersebut di samping meminta orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan padanya. 

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Barang perubatan hasil sumbangan akan diwakafkan

Jasad Allahyarham Farhan akan dikebumikan di Shah Alam selepas diuruskan. Seisi ahli keluarga pemuda tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu dirinya. Mereka turut berniat mewakafkan alatan perubatan milik Allahyarham yang pernah dibeli menggunakan hasil sumbangan orang awam kepada insan lebih layak. 


Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Sumber: Twitter Injang Nation, Neelofa & Farhan Zaimi 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hidap Kanser, Pemuda Sempat Tinggalkan ‘Voice Note’ Terakhir Sebelum Pergi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram