Utama Berita Semasa Berhenti Tepi Jalan Gara2 Tayar Pecah, Tak Sangka Tragedi Menimpa Couple Ini

Berhenti Tepi Jalan Gara2 Tayar Pecah, Tak Sangka Tragedi Menimpa Couple Ini

Zaman sekarang, ancaman boleh datang daripada pelbagai bentuk tanpa kita menduga. Misalnya jika kita membaca akhbar atau menonton televisyen, ada saja kejadian nahas jalan raya yang dilaporkan. Baru-baru ini, seorang lelaki bersama seorang pembonceng perempuan telah kembali ke Rahmatullah akibat satu perIanggaran di Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. 

BACA: Ibu Cemas Nyaris Kehilangan Bayi Bila Kereta Terbalik, Tapi Hebat Kuasa Allah

Lori dari arah belakang

Menurut siasatan awal, motorsikal yang ditunggang oleh lelaki yang bernama Muhammad Idham Baharudin ini bersama teman wanita, Anismalina Jamaluddin telah berhenti di lorong kecemasan. Lalu, sebuah lori membawa muatan gas dari arah sama telah berhenti untuk membantu. Namun secara tiba-tiba, sebuah kenderaan telah datang dari arah belakang dan merempuh motorsikal dan lori di hadapan. 




Terbaharu seorang pengguna media sosial ini telah tampil mendedahkan cerita sebenar. Katanya Idham dan Anismalina berhenti di tepi jalan kerana tayar motosikalnya pecah. Sementara menunggu kawan memberi bantuan, mereka telah dirempuh oleh sebuah lori menyebabkan mereka tidak dapat diselamatkan. 

Tayar motor dia pecah. Dia tunggu tepi jalan. Tengah tunggu kat tepi tu lori ni hilang kawalan dan terus merempuh mereka berdua. Mereka tersepit bawah lori. Lelaki itu nak bawa awek dia balik Banting.

Menurut Baharudin Mohd Isa, 59, iaitu bapa kepada Idham dia reda dengan pemergian anaknya itu. Tambahnya, Idham telah dikebumikan di Tanah Pusara Islam Senawang, Seremban selepas selesai post-mortem

Sumber: FB ohmyedia & Metro




Artikel Popular