Utama Berita Semasa Ibu Cemas Nyaris Kehilangan Bayi Bila Kereta Terbalik, Tapi Hebat Kuasa Allah

Ibu Cemas Nyaris Kehilangan Bayi Bila Kereta Terbalik, Tapi Hebat Kuasa Allah

Bagai diberi peluang kedua. Itulah mungkin perasaan yang menyelubungi seorang wanita ini yang terlibat dengan satu peristiwa cemas apabila keretanya telah hilang kawalan sehingga terbalik di atas jalan raya. Tambahan pula, seorang bayi juga adalah antara orang yang berada dalam kereta tersebut. Namun, lega rasanya kerana kesemuanya telah selamat malah bayi itu juga berada dalam keadaan baik. 

BACA: Nyawa Boleh Melayang, Tak Berbaloi Senyapkan Alarm Kereta Guna Seatbelt Clip

Gambar sekadar hiasan

Cerita itu dikongsikan di laman Facebook milik ibu kepada bayi tersebut. Menyorot kronologi, kejadian itu telah membabitkan tiga orang ahli keluarga, iaitu dia dan suami serta anak mereka yang berusia 4 bulan. Jika dilihat pada keadaan kereta yang terbalik, ramai yang menganggap mereka sudah tidak selamat. Namun, langkah berjaga-jaga ibu bapa ini yang memasang ‘Baby Carseat’ itu sangat berbaloi. 

Hebatnya Percaturan Allah

Menurut Puan Meme Umaida, dia dan suami terus mencari bayi mereka yang bernama Asytar sejurus terlibat dalam insiden tersebut. Selang beberapa ketika, mereka akhirnya telah menjumpai bayi itu yang sedang menangis. Bahkan hebatnya kuasa Allah kerana anaknya itu masih berada dalam keadaan baik di dalam carseat beserta tali pengancing di badan. Walaupun agak terkejut, namun wanita ini meluahkan rasa syukur kerana tiada apa-apa yang berlaku pada bayi itu meskipun keadaan kereta dalam nahas tersebut agak dahsyat.




Pentingnya Carseat

Berbalik pada kejadian itu, dia menyingkap kisah anaknya yang sangat aktif dan kerap menangis bila disuruh duduk dalam carseat. Namun, Asytar kini sudah terbiasa duduk dalam kerusi tersebut. Selan itu, dia turut menasihatkan ibu bapa diluar sana agar mengajar anak-anak duduk dalam carseat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Sumber: Facebook Meme Umaida Taib




Artikel Popular