Utama Berita Semasa Tumbuh Benda 'Aneh' Di Wajah Persis Serigala Jadian, Rupanya Gara2 Susu Formula

Tumbuh Benda ‘Aneh’ Di Wajah Persis Serigala Jadian, Rupanya Gara2 Susu Formula

Susu formula merupakan alternatif yang terbaik untuk menggantikan susu ibu. Biarpun ia tidak sebaik susu ibu tetapi inilah bahan penyelamat yang membantu bayi dan kanak-kanak mendapatkan kandungan gizi. Namun, jangan tersilap memilih susu formula kerana ia juga boleh mengundang padah.  Buktinya, beberapa kanak-kanak di Sepanyol telah mengalami keadaan yang pelik dipercayai berpunca daripada pengambilan susu formula yang tercemar.

BACA: Ketuk, Tunggu 10 Minit, Tambah 2 Bahan Ini.. InsyaAllah, Terhindar Dari Barah!

Gambar sekadar hiasan

Sindrom serigala jadian

Menurut sebuah portal berita, seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol telah mengalami keadaan yang dikenali sebagai hypertrichosis atau ‘sindrom serigala jadian’. Perkara itu telah menyebabkan tubuh dan wajah kanak-kanak tersebut ditumbuhi bulu.




Gambar sekadar hiasan

Kandungan bahan

Menurut informasi, susu formula itu dipercayai mengandungi kandungan yang dipanggil sebagai minoxidil iaitu bahan untuk merawat keguguran rambut. Bukan itu sahaja, susu terbabit dikatakan turut mengandungi omeprazole yang biasanya diimplementasikan untuk merawat masalah penghadaman. 

13 kejadian bulan lalu

Pihak berkuasa di Sepanyol mendedahkan itu bukanlah kejadian yang baru berlaku. Pada bulan Ogos sahaja, tiga kejadian yang sama telah berlaku manakala 13 lagi telah dilaporkan pada bulan lepas. Perkara ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan menggantung lesen syarikat produk susu formula yang dimaksudkan dan melarangnya mereka daripada sebarang aktiviti jual beli.




Sumber: Metro & DailyMail

Artikel Popular