Utama Inspirasi Baru 16 Tahun, Remaja Malaysia Dipilih Masuk Kolej Perubatan Terkenal Dunia

Baru 16 Tahun, Remaja Malaysia Dipilih Masuk Kolej Perubatan Terkenal Dunia

Jika dahulu Dr Amalina Che Bakri pernah menjadi antara pelajar Malaysia yang menempa nama di luar negara, kini muncul lagi sebutir permata baru. Emir Haady Imran Zulharin boleh dikatakan antara pelajar yang genius Malaysia pernah miliki. Bayangkan, baru berusia 16 tahun, remaja ini telah terpilih untuk memasuki kolej perubatan ternama dunia, Royal College of Surgeons (RCSI). Emir dijangka akan mendaftar pada bulan September ini.

BACA: [VIDEO] Isteri Prank Make Up Tebal & Mahu Buka Tudung, Reaksi Suami Lucu Habis!

Anak muda ini telah menunjukkan pelbagai kecemerlangan pada usia yang amat muda. Menurut ibunya, Datin Seri Dr Noraini Abdul Jalil anaknya itu seperti ‘span’ yang menyerap dengan mudah. Anaknya itu telah menyudahkan silibus pelajar untuk sekolah menengah dalam setahun sahaja.

Pada usia 14 tahun, beliau telah berjaya menamatkan peperiksaan General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya. Dalam tempoh hanya 10 bulan, Emir berjaya menamatkan silibus dan memperoleh keputusan 6A+ iaitu Matem@tik, Matem@tik Antarabangsa, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Melayu. Pada usia 15 tahun pula, Emir telah berjaya di peringkat A-Levels dan mendapat gred A bagi subjek Kimia dan Matem@tik serta A+ untuk Fizik.




Menurut Emir pula, sewaktu kecil, cita-citanya adalah untuk menjadi angkasawan. Namun apabila meningkat remaja, minatnya berubah kepada perubatan. Beliau berazam untuk menjadi pakar pembed@han jantung yang berjaya suatu hari nanti.

Sumber: Oh My Media, The Sun Daily




Artikel Popular