Viral

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi
Rasaflix

Sharing is caring!

Sudah menjadi suatu kewajipan bagi anak-anak untuk menggembirakan hati orang tua mereka. Seorang anak yang baik akan mencuba pelbagai cara untuk menunjukkan apresiasi mereka terhadap ibu bapa walaupun ianya belum cukup untuk membalas jasa mereka. Itulah mungkin perasaan yang tersemat dalam diri seorang gadis di Twitter yang menggunakan nama akaun @munerella apabila dia sanggup menghadapi kesusahan untuk memberi kejutan kepada ibunya. 

BACA: Zizan Buat Kejutan Hari Jadi Ibu, Tapi Kelibat Bella Astillah Jadi Tanda Tanya

Melalui posting yang dimuat naik di Twitter, gadis ini telah memaparkan pengorbanannya membawa sebiji kek sempena hari lahir ibunya. Namun, ironinya adalah dia perlu membawa kek tersebut di dalam bakul motorsikal sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Dalam beberapa gambar yang diselitkan, ternyata kepayahan gadis ini telah mendapat perhatian warganet. 

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Macam tak muat je bakul ni. Semalam Abang Long kata muat

Lebih menyentuh perasaan, kapsyen pada gambar-gambar tersebut turut menceritakan beberapa konflik penceritaan sebelum kek itu berjaya sampai ke rumah. Contohnya, moment seperti kek itu tersenget di dalam bakul dan dia yang terpaksa memangku kek di atas peha sambil menunggang motorsikal. 

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Happy Belated Birthday..

Pada akhirnya, gadis ini turut berkongsi gambar kek tersebut yang diraikan bersama ibu dan keluarga yang lain. Lucunya kerana rupa kek tersebut tidak seperti yang diharapkan kerana keadaan yang tidak stabil bila diletakkan di dalam bakul motorsikal. Walau bagaimanapun, gadis ini gembira kerana kejutan untuk hari jadi ibunya telah berjaya. 


Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Nampaknya kita senasib lah sis

Di ruangan komen, ramai netizen yang terharu dengan kisah ringkas gadis ini. Dalam masa yang sama, netizen turut berkongsikan kisah yang hampir sama pernah dialami mereka ketika membawa kek buat orang yang tersayang. 

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak MenjadiGigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Sama..sampai rumah hancurGigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Sumber: Twitter munerella

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Gigih Bawa Kek Dalam Bakul Motor, Gadis Terharu Surprise Untuk Mak Menjadi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram