Utama Hiburan Isteri Prank Make Up Tebal & Mahu Buka Tudung, Reaksi Suami...

[VIDEO] Isteri Prank Make Up Tebal & Mahu Buka Tudung, Reaksi Suami Lucu Habis

Jika anda seorang yang rajin melayan video, anda tentu mengenali satu ‘trend‘ kandungan video yang disebut sebagai ‘Prank’. Kadang-kadang, boleh terguling-guling kita menontonnya. Samalah seperti satu video suami dan isteri dipercayai seorang Youtuber terkenal yang menggunakan nama akaun ‘isti ve musab’ ini. Si isteri yang merupakan orang Indonesia telah merencanakan video mengenakan suami kelahiran Turki itu.

BACA: Mizz Nina Ajak Semua Wanita Bertudung Sertai Hijab Challenge Ramadhan Ini

Video prank yang pertama adalah video si isteri menunjukkan wajah kepada suaminya selepas dia memakai make up tebal manakala video kedua pula adalah video dia memeranjatkan suaminya apabila dia mahu membuka tudung. Menariknya, reaksi si suami dalam kedua-dua video tersebut membuatkan ‘mood‘ kita membuak-buak untuk menonton. Jom kita saksikan.

Pakai Make Up Tebal

Video ini kelihatan sangat lucu kerana suaminya atau Musab tampak terkejut melihat isterinya berdandan sedemikian. Ini kerana suaminya lebih suka isterinya bersolek secara sederhana. Tambahan lagi, Musab juga sanggup menunda perjalanan mereka kerana bimbang isterinya diejek dengan rupa sebegitu. 

Advertisement




Jangan pakai kanta lengkap, saya tak nampak diri saya dalam mata awak

Rata-rata penonton berasa terhibur melihat video ini. Reaksi Musab yang cemas melihat wajah Isti telah menimbulkan kelucuan, malah netizen juga tidak lekang memuji cara lelaki ini menerima wanita itu dengan seadanya. 

Mahu Buka Hijab

Video ini kelihatan sangat mencuit hati kerana reaksi Musab yang bertukar serius sejurus Isti menyatakan hasratnya untuk membuka tudung. Paling best, kata-kata Musab kepada Isti begitu menyentuh perasaan. 

Advertisement




Kamu berhijab bukan buat aku, berhijab kerana Allah

Video ini kelihatannya mendapat pelbagai reaksi daripada penonton. Ada antaranya lucu kerana reaksi wajah pada suaminya, malah tidak kurang juga memuji si suami kerana tetap mempertahankan isterinya itu untuk kekal berhijab kerana Allah. 

Sumber: Youtube 1 & Youtube 2

Advertisement




Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement