Viral

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Sharing is caring!

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghargai insan tersayang. Ia termasuklah melakukan kejutan kepada si dia sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan yang dicurahkan sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

BACA : Lihat Isteri Beranak Bagai Nak Terputus Nyawa, Patutlah Wanita Wajib Dihargai


Kejutan unik buat isteri tersayang..

Kisah seorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya gara-gara tidak boleh keluar rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di laman sosial. Menurut Mohd Nazri Ismail, tahun ini dia mahu memberi kelainan selain turut membuat kek sendiri sempena hari lahir isterinya iaitu Rasihidah A Rahman.

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Lagipun isteri suka bela binatang..

Disebabkan kedudukan rumahnya agak jauh dari bandar, dia mengambil keputusan membina reban ayam baru untuk dihadiahkan kepada isterinya. Tambahan pula, si isteri gemar membela binatang seperti ayam, itik dan puyuh. Nazri yang bertugas di kapal dagang berpangkalan di Dubai mengakui tidak kekok untuk memasak. Bagaimanapun dia sepatutnya berada di Cairo atas tuntutan kerja, namun pada hematnya keluarga lebih penting semasa PKP.


Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Untungnya dapat suami yang kreatif..

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji dan menyifatkan kesungguhannya dalam menzahirkan kasih itulah merupakan hadiah yang paling berharga. Tidak kurang juga yang mendoakan agar suami isteri ini berbahagia hingga ke syurga.

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena.. Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena.. Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Sumber : Twitter MohdNazriBinIs4, Sinar Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bahagia Jalani Hidup Di Kampung, Suami Hadiahkan Isteri Reban Ayam Sempena..

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram