Ayah Lupa Bawa Anak Masa Daftar Kolej, Rupanya Ramai Pernah Alami Benda Sama

Walaupun dunia ini begitu luas, tahukah anda setiap daripada kita semua kadangkala berkongsikan situasi yang sama dalam hidup? Bagai tidak percaya, namun demikianlah perkara yang berlaku dan tanya sajalah pada orang sekeliling jika anda meragui fakta tersebut. Salah satu kejadian biasa yang selalu menimpa adalah apabila ahli keluarga sendiri terlupa keberadaan kita seperti kisah seorang gadis dengan akaun Twitter bernama @Dyanv ini.

BACA : Bukit Terseram Di Malaysia, 1001 Pengalaman Lucu Sewaktu Ambil Lesen Kereta

Aku dah nak naik kereta, ayah jalan je tinggalkan                               

Advertisement

Mula dikongsikan sejak semalam, kisah lucu ketika mereka dalam perjalanan ke hari pendaftaran kolej nampaknya berjaya meraih lebih 15,000 jumlah retweet daripada netizen. Menurut penceritaan gadis ini, ketika itu dia sudah pun bersedia untuk masuk ke dalam kereta. Namun dengan tidak semena-mena, si ayah terus memulakan perjalanan sebelum sedar bahawa anaknya tiada di dalam kenderaan berkenaan.                                         

Gambar sekadar hiasan

Pernah ditinggal di masjid pagi raya…Ayah dah sampai rumah

Advertisement

Walaupun kisah berkenaan cukup simple, namun rata-rata netizen begitu terhibur apabila mengenangkan si ayah yang terlupa membawa anak gadisnya itu. Menjengah ke ruangan komen posting ini, ramai pula yang mula berkongsikan pengalaman hampir serupa di saat mereka ditinggalkan oleh ahli keluarga sendiri.

Gambar sekadar hiasan

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Berhenti tandas pam minyak tiba-tiba ayah dah gerak

Rata-ratanya pernah ditinggalkan oleh ahli keluarga mereka selepas singgah di stesen minyak. Entah apalah yang difikirkan si pemandu kereta ketika itu, namun demikianlah kejadian yang berlaku menurut pendedahan ramai orang. Nampaknya, mereka begitu teruja dan terhibur apabila berkongsikan pengalaman lucu masing-masing.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Dyanv

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement
Advertisement