Berita Semasa Keibubapaan

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A

Sharing is caring!

Sejak hujung tahun lepas lagi, terdapat peningkatan dalam kejadian yang melibatkan wabak Influenza A khususnya kanak-kanak. Selain menghidap demam dan batuk, mereka juga berpotensi untuk mengalami muntah, loya, dan sawan. Hakikatnya, mereka tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus bermusim ini sama seperti ibu hamil, warga emas dan penghidap masalah kesihatan kronik.

BACA: Penangan Influenza A, Abang Demam Dulu Tapi Adik Kena Tempias & Pergi Selamanya

Nyawa anak OKU diragut wabak Influenza A

Terbaru, seorang calon UPSR dari Subang Jaya telah menghembuskan nafas terakhir pada semalam. Dalam satu pendedahan menerusi portal Sinar Harian, individu bernama Nek Mudzlifah Abdul Kahar menyatakan bahawa dia terkejut apabila anaknya disyaki menghidap wabak terbabit. Terang ibu bapa kanak-kanak berstatus OKU ini lagi, mereka menyangka dia cuma mengalami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celsius sejak Jumaat lepas.

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A
Kredit foto: Sinar Harian

Suami baru pulih demam…mungkin dapat dari luar juga

Mengulas lanjut, wanita berusia 48 tahun itu masih belum pasti punca Faiz Fauzan Pauzul Kamil terkena jangkitan berikut. Dia cuma mendedahkan bahawa suaminya sebelum ini baru sembuh daripada demam biasa. Selain itu, dia turut beranggapan bahawa virus berkenaan mungkin tersebar sewaktu anaknya berada di luar rumah kediaman mereka.

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A
Gambar sekadar hiasan

Kalau anak-anak demam…terus lakukan pemeriksaan lanjut

Walaupun beberapa langkah pencegahan sempat diambil, namun kedua-dua ibu bapa budak lelaki berusia 12 tahun ini akur dan reda dengan ketentuan takdir. Dalam pada itu, dia turut menasihati ibu bapa di luar sana agar segera membawa anak-anak yang demam untuk melakukan pemeriksaan lanjut memandangkan sekarang memang musim jangkitan Influenza A.

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Sinar Harian

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disangka Cuma Demam Biasa, Nyawa Calon UPSR OKU Diragut Wabak Influenza A

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram