Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

19th January 2020
in Cinta & Perhubungan, Viral
[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik
590
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bercakap soal kahwin, rata-rata masyarakat zaman sekarang ini seakan-akan berlumba untuk mengadakan majlis yang paling gah serta mewah di mata orang lain. Walau bagaimanapun, trend tersebut juga boleh mendatangkan mudarat kerana hidup selepas mendirikan rumah tangga jauh lebih mencabar. Akan tetapi, pengantin sama cantik sama padan ini dilihat mengambil pendekatan berbeza untuk meraikan detik indah tersebut.

BACA: Ujian Tunang Terlalu Berat, Air Mata Lelaki Ini Berderai Masa Lafaz Akad Nikah

Pengantin perempuan naik Kelisa je pergi akad nikah..

Menerusi perkongsian di laman Twitter @bingkaiphotos, pihak mereka ada memuat naik sebuah beberapa foto daripada majlis nikah yang disifatkan sangat humble & sweet. Sambil menaiki Kelisa Biru ke lokasi akad nikah, detik kehadiran bakal pengantin perempuan itu berjaya dirakam dengan cukup indah. Ternyata nilai kesederhanaan (simplicity) juga boleh tampak elegan kan?

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

Jumlah tetamu sikit…tapi aura cinta pengantin memenuhi suasana

Jika dilihat dalam paparan selanjutnya pula, majlis ringkas itu cuma dihadiri kira-kira 11 tetamu saja (kecuali pengantin dan jurunikah). Difahamkan, kesemua mereka adalah ahli keluarga penting daripada kedua-dua belah pihak saja. Meskipun begitu, aura cinta yang terhasil daripada kedua-dua mempelai nyata memenuhi segenap ruang tersebut seolah-olah dipenuhi ramai.

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

Tema klasik gitu…tapi ringkas macam ni confirm parents tak bagi

Sejak kompilasi foto tersebut dimuat naik, posting berkenaan sememangnya mendapat tumpuan ramai hingga meraih lebih 4 ribu retweets. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji hasil penggambaran tersebut serta terinspirasi dengan konsep penggunaan kereta nasional oleh pengantin. Namun ada juga yang meluahkan bahawa hajat menganjurkan majlis simple sebegini mungkin disekat ahli keluarga masing-masing.

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

Sumber: Twitter bingkaiphotos

Tags: akaddetikindahkahwinkelisakeluargakeretalelakinikahpengantinsimplewanita
Next Post
[FOTO] Akad Nikah Naik Kelisa Saja, Majlis Pengantin Ini Gamit Nostalgia Klasik

[VIDEO] Tidur Melopong Masa Meeting, Pengabisnya Member Pakat Prank 'Berjemaah'

Bawal Cotton Belavoile Cantik dengan Corak Watercolor
Penyedut & Pembersih Lantai Tanpa Wayar - Pantas & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)