Cinta & Perhubungan Viral

7 Tahun Kenal, Pengantin Ini First Time Nyanyi Depan Isteri Di Hari Perkahwinan

Tak dinafikan bahawa golongan lelaki memang terkenal menerusi sifat ego, ‘macho’, dan ada jarang meluahkan emosi jika dibandingkan dengan wanita. Kebiasannya perkara itu dizahirkan sewaktu mereka masih bujang dan hidup keseorangan sahaja. Namun setelah mendirikan rumah tangga, mereka boleh melenturkan semua sikap tersebut semata-mata demi insan yang penting dalam hidup mereka.

BACA: Suami Kirim Mesej ‘Touching’ 3 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Ada Kaitan Pasal Ibu

Dendangkan lagu istimewa buat isteri di majlis persandingan

Baru-baru ini, sebuah rakaman yang menampilkan seorang pengantin lelaki menyanyi di majlis persandingan menjadi tular di laman Twitter. Menariknya, itu adalah kali pertama saudara Syaqiq Sidik mendendangkan sebuah lagu buat wanita pilihannya iaitu Alissa sepanjang tempoh 7 tahun perkenalan sebelum ini. Suara merdunya tatkala menyampaikan lagu ‘Perfect’ yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa Ed Sheeran juga telah menarik perhatian para hadirin sewaktu majlis tempoh hari.

Advertisement

Advertisement

Cinta jarak jauh ibarat ‘mimpi ngeri’ bagi kami

Ujar pemuda berkenaan lagi, dia mengakui bahawa cabaran untuk mengekalkan hubungan percintaan jarak jauh bukanlah mudah. Namun dia sangat bersyukur kerana akhirnya dapat sama-sama duduk di atas pelamin di samping isteri tercinta. Rentetan itu, pengantin merpati dua sejoli ini turut mendoakan orang ramai di luar sana yang mungkin sedang mengharungi dugaan sama. Sehingga kini, video yang sweet dan menyentuh hati itu telah meraih 40 ribu jumlah tontonan di laman Twitter.


Advertisement

Sumber: Twitter ddcvdv

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram