Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Tips

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau

5th January 2020
in Tips, Viral
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi ibu-ibu yang paranoid sekiranya anak mereka terkena jangkitan bakteria, setiap inci rumah akan dibersihkan sebaiknya. Daripada menyapu, mengelap sehinggalah mengemop, semuanya akan dibuat demi memastikan kesihatan anak-anak. Ada juga yang berat hati melepaskan anak mereka melakukan aktiviti luar rumah kononnya takut dengan risiko bakteria mendatang. Namun tahukah anda, ramai yang masih terlupa untuk menjaga kebersihan satu benda penting ini?

BACA : Viral Video Ikat Seluar Jadi Pelampung Elak Tenggelam, Netizen Risau Benda Lain

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Gambar sekadar hiasan

Span basuh pinggan mengandungi bakteria ‘campylobacter’

Benda yang dimaksudkan adalah span iaitu alatan utama ketika anda mencuci pinggan. Sangat mengejutkan bukan? Meskipun seolah tidak percaya apabila mendengar fakta ini, namun ia bukanlah sekadar kata-kata tanpa kesahihahan sebenar. Menurut kenyataan yang pernah dinyatakan oleh seorang profesor daripada Agensi Perlindungan Kesihatan UK, objek berkenaan sebenarnya mengandungi sejenis bakteria bernama campylobacter. 

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Gambar sekadar hiasan

Sabun pencuci tak kuat melawan bakteria pada span

Bukan seperti kotoran biasa yang akan terhapus dengan air, siapa menyangka bakteria jenis ini boleh menyebabkan anda berhadapan risiko paralysis atau anggota badan lumpuh. Jika anda beranggapan bahawa sabun pencuci sudah cukup kuat untuk menghapuskan bakteria berkenaan, ternyata pemahaman itu salah sama sekali. Mengambil petikan daripada laporan Sinar Harian juga, span merupakan ‘syurga’ bagi tempat kuman-kuman berkumpul. Tidak cukup dengan itu, kajian juga menyifatkan ia adalah 200,000 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk jamban.

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Gambar sekadar hiasan

3 minggu sekali wajib tukar

Menurut penjelasan daripada Public Health Malaysia juga, anda disarankan untuk menjaga kebersihan span basuh pinggan ini dengan sangat teliti. Bukan sahaja perlu direbus malahan lebih baik jika ia ditukar dengan kerap untuk mengelakkan risiko berhadapan gangguan kesihatan daripada bakteri yang terhasil.

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Kredit Foto : Public Health Malaysia

Sumber : Portal Sinar , FB Public Health Malaysia dan Sinar Harian

Tags: jambanjijikkotorspan basuh pinggan
Next Post

Penat Setia Tapi Awek Selingkuh, Video Pemuda Terduduk 'Broken' Undang Sebak

Tas Sling 3-in-1 Berkualiti Tinggi & Bergaya
HONOR Magic7 Pro 5G: Kecerdasan AI, Prestasi Luar Biasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)