Penat Setia Tapi Awek Selingkuh, Video Pemuda Terduduk ‘Broken’ Undang Sebak

Sesiapa sahaja yang menjalinkan hubungan cinta sudah tentunya mahu ia kekal lama, dan kalau ada rezeki sehingga ke jinjang pelamin. Namun bagi sesetengah pihak khususnya anak muda yang baru mengenal dunia percintaan, kadangkala hubungan mereka boleh terputus di tengah jalan beberapa kali sebelum menemui jodoh yang tepat. Dalam fasa ‘broken‘ itulah hati benar-benar pedih mengenangkan tragedi yang menimpa dalam perhubungan.

BACA : Putus Cinta Memang Menyakitkan, Menangislah Tapi Siapa Cakap Single Tu Salah?

Bila lelaki setia, perempuan ambil kesempatan

Advertisement

Namun ia merupakan fasa biasa dan akan dilalui oleh kedua-dua pihak tidak kira perempuan mahupun lelaki. Baru-baru ini juga, kejadian sama turut dialami oleh seorang pemuda ini tatkala teman wanitanya didapati mensia-siakan kesetiaan yang diberikan olehnya. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh rakan pemuda ini yang bernama Khai. Sejak dimuat naik menerusi Twitter beberapa hari lalu, rakaman berdurasi 19 saat itu sudah viral sehingga meraih hampir 10,000 retweet. 

Terdedah sisi lain seorang lelaki

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Khai, sahabatnya itu begitu sedih memandangkan bekas teman wanita telah mengkhianati cintanya. Mungkin kebanyakan kita jarang melihat situasi di mana orang lelaki menghadapi putus cinta sehingga boleh terduduk sedemikian rupa. Namun itulah sisi lain seorang lelaki yang juga layak merasa sedih meskipun sering dikenali dengan perwatakan ‘macho’ atau gagah. 

Advertisement

Air mata lelaki bernilai…Rasa tu tuhan je tahu

Beralih ke ruangan posting ini, netizen juga berasa begitu simpati dan kesal dengan tindakan teman wanitanya itu. Selain mendoakan ketabahannya, ramai juga yang mengakui pernah melalui perkara sama. Hakikat tersebut membuat mereka sangat mengerti keluluhan hati yang sedang dihadapi pemuda berkenaan.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Khai

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement
Advertisement