Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Tips

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau

5th January 2020
in Tips, Viral
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi ibu-ibu yang paranoid sekiranya anak mereka terkena jangkitan bakteria, setiap inci rumah akan dibersihkan sebaiknya. Daripada menyapu, mengelap sehinggalah mengemop, semuanya akan dibuat demi memastikan kesihatan anak-anak. Ada juga yang berat hati melepaskan anak mereka melakukan aktiviti luar rumah kononnya takut dengan risiko bakteria mendatang. Namun tahukah anda, ramai yang masih terlupa untuk menjaga kebersihan satu benda penting ini?

BACA : Viral Video Ikat Seluar Jadi Pelampung Elak Tenggelam, Netizen Risau Benda Lain

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Gambar sekadar hiasan

Span basuh pinggan mengandungi bakteria ‘campylobacter’

Benda yang dimaksudkan adalah span iaitu alatan utama ketika anda mencuci pinggan. Sangat mengejutkan bukan? Meskipun seolah tidak percaya apabila mendengar fakta ini, namun ia bukanlah sekadar kata-kata tanpa kesahihahan sebenar. Menurut kenyataan yang pernah dinyatakan oleh seorang profesor daripada Agensi Perlindungan Kesihatan UK, objek berkenaan sebenarnya mengandungi sejenis bakteria bernama campylobacter. 

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Gambar sekadar hiasan

Sabun pencuci tak kuat melawan bakteria pada span

Bukan seperti kotoran biasa yang akan terhapus dengan air, siapa menyangka bakteria jenis ini boleh menyebabkan anda berhadapan risiko paralysis atau anggota badan lumpuh. Jika anda beranggapan bahawa sabun pencuci sudah cukup kuat untuk menghapuskan bakteria berkenaan, ternyata pemahaman itu salah sama sekali. Mengambil petikan daripada laporan Sinar Harian juga, span merupakan ‘syurga’ bagi tempat kuman-kuman berkumpul. Tidak cukup dengan itu, kajian juga menyifatkan ia adalah 200,000 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk jamban.

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Gambar sekadar hiasan

3 minggu sekali wajib tukar

Menurut penjelasan daripada Public Health Malaysia juga, anda disarankan untuk menjaga kebersihan span basuh pinggan ini dengan sangat teliti. Bukan sahaja perlu direbus malahan lebih baik jika ia ditukar dengan kerap untuk mengelakkan risiko berhadapan gangguan kesihatan daripada bakteri yang terhasil.

200,000 Kali Lebih Kotor Dari Jamban, Ini Rahsia Span Pinggan Yang Anda Tak Tau
Kredit Foto : Public Health Malaysia

Sumber : Portal Sinar , FB Public Health Malaysia dan Sinar Harian

Tags: jambanjijikkotorspan basuh pinggan

Related Posts

Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post

Penat Setia Tapi Awek Selingkuh, Video Pemuda Terduduk 'Broken' Undang Sebak

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)