Artis Cinta & Perhubungan Inspirasi Keibubapaan

14 Tahun Tak Berdiri, Ramai Sebak Lihat Edika Yusof Tolong Isteri Buat Fisio

Suami yang penyayang adalah lelaki yang tidak sanggup melihat isteri tercinta tidak dapat mengurus diri dan rumah tangga dengan baik. Itulah personaliti yang dimiliki pelakon terkenal Edika Yusof yang sentiasa tabah menjaga isterinya, Norhidayah Yusri. Walaupun wanita berkenaan disahkan lumpuh hanya selepas 2 tahun mereka mendirikan mahligai rumah tangga, namun Edika tak teragak-agak untuk berhenti kerjaya seninya demi menumpukan sepenuh masa terhadap urusan kesihatan dan perniagaan suri hatinya itu.

BACA: “Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Advertisement

14 tahun tak berdiri…dapat merasa 30 minit Alhamdulillah

Beberapa hari lepas, pelakon drama ‘Cinta Non Grata’ ini sempat memuat naik sebuah video yang memaparkan isterinya sedang menjani fisioterapi di laman Instagram rasmi miliknya. Dedahnya, ini merupakan kali pertama Norhidayah dapat berdiri sejak 14 tahun lalu walaupun berbekalkan bantuan alat canggih ‘tilt table‘. Walaupun peluang itu cuma selama 30 minit sahaja, namun wajah ceria dan gembira wanita tersebut jelas menggambarkan perasaan sebenarnya. Terdahulu, Edika juga pernah berkongsi moment mereka pertama kali mendapatkan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan swasta sekitar hujung tahun lepas.

Advertisement

Edika dah seperti doktor saya…terima kasih semua yang mendoakan

Sejak dikongsikan kepada umum, rakaman yang sangat menyentuh hati itu telah mendapat banyak ucapan doa serta perhatian ramai. Memetik luahannya di portal Harian Metro, wanita berusia 42 tahun itu mengucapkan tanda penghargaan buat semua yang ambil berat tentang kesihatannya. Norhidayah turut mendedahkan bahawa pelakon yang popular pada era 90-an tersebut sudah bertindak seperti doktor peribadinya memandangkan setiap keperluannya dijaga rapi oleh suami tercinta. Untuk pengetahuan ramai, isteri Edika telah menghidap meningitis sehingga lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG edikayusofxxHarian Metro

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram