Keibubapaan

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Sharing is caring!

Perkahwinan merupakan medium terbaik bagi setiap suami isteri untuk belajar hidup berdikari dan aturkan rumah tangga dengan baik. Namun begitu, antara isu yang kerap menjadi kerisauan ramai adalah lokasi tempat tinggal. Kebiasaannya terdapat beberapa faktor yang membuatkan ada di antara kita memilih untuk tinggal bersama ibu bapa. Tapi betulkah itu merupakan penyelesaian terbaik, ataupun menjadi bebanan buat mereka?

BACA: “Dapat Mak Mentua Yang Baik Pun Satu Rezeki, Bukan Semua Orang Dapat Rasa..”

Cemburu tengok couple lain duduk rumah sendiri…ada privacy sendiri

Begitulah persoalan yang sering berlegar-legar di minda wanita bernama Noor Azyani ini memandangkan dia dan suami telah menetap di rumah ibunya sejak hari pertama berkahwin lagi. Menurutnya, keputusan itu dibuat memandangkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah dan ibunya tinggal bersendirian saja. Namun dia akui sering kali terfikir untuk menetap di rumah berasingan atas sebab risau telah banyak menyusahkan ibunya.

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Pernah kata nak pindah…Mama sedih & kecewa gila

Kira-kira 2 tahun lepas, suami isteri ini sebenarnya pernah menyatakan hasrat tersebut. Tetapi wajah ibunya lantas berubah sedih dan enggan bercakap dengan mereka lagi. Setelah dipujuk, warga emas itu kemudiannya meluahkan ucapan sebak yang tak dapat dilupakan oleh Noor Azyani sampai bila-bila.

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Aku adalah anak yang dipilih Allah untuk tinggal bersama Mama di usia tuanya

Susulan peristiwa itu, usahawan wanita ini akhirnya menyedari dan reda dengan hikmah di sebalik perancangan Allah S.W.T. Dia juga terus mengubah mindset bukan untuk menyusahkan sesiapa pun, sebaliknya mahu menemani bonda tercinta hingga ke hujung usianya. Selain mengharapkan doa orang ramai agar ibunya sentiasa sihat, Noor Azyani juga menghargai setiap sokongan dan keprihatinan yang sering diberikan oleh suaminya.

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Sumber: Twitter azyanizamri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Pernah Pindah Sejak Kahwin, Wanita Luah Syukur Dapat Jaga Ibu Di Usia Tua

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram