Artis Cinta & Perhubungan Inspirasi

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Sharing is caring!

Kalau nak diikutkan, golongan lelaki memang jarang mahu ambil pusing tentang pasal kecantikan wanita lebih-lebih lagi bab solek-menyolek. Malah rata-ratanya siap cakap lagi yang taste mereka lebih kepada wanita yang tampil dengan natural beauty. Hakikatnya, mereka tidak boleh memandang rendah the power of make up kerana turut memainkan peranan bagi menaikkan tahap keyakinan seseorang perempuan selain seri kecantikannya. Itulah yang dipegang oleh salah seorang anggota kumpulan Puteh, iaitu juara program Maharaja Lawak Mega edisi tahun lepas. 

BACA: [VIDEO] Isteri Prank Make Up Tebal & Mahu Buka Tudung, Reaksi Suami Lucu Habis

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Rutin setiap pagiku…bukan untuk orang lain, isteri tercinta

Sekitar pagi tadi, Man Raja Lawak ada berkongsi sepotong video yang memaparkan dirinya menghias wajah isteri dengan penuh kasih sayang di laman Instagram miliknya. Menurutnya di ruangan kapsyen, ini merupakan antara rutinnya pada setiap pagi sebelum suri hatinya keluar bekerja. Sambil menyolek, mereka juga sempat membincangkan perancangan dan hal keluarga bersama-sama. Tak cukup dengan itu, dia juga memuat naik hasil mendandan wanita tersebut.

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

10 minit make up bini kepuasan lain boh..

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim mendedahkan bahawa dia juga berguru dengan seorang jurusolek terkenal mengenai teknik make up. Walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa tempoh 10 minit itu boleh dihabiskan dengan melakukan aktiviti lain, namun Man lebih selesa mencantikkan wajah isteri tercinta.

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Walaupun simple, tapi ada seri…selama ni abang yang buat ke?

Paparan yang berdurasi seminit itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan posting berkenaan. Di samping memuji hasil solekan tersebut, rata-rata mereka juga tidak menyangka bahawa pelawak itu selama ini yang menghias penampilan isterinya. Dalam pada itu, gelagatnya yang sangat sweet itu dipuji ramai pengikutnya.

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Sumber: IG manrajalawak

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Rutin Setiap Pagiku” – Makeup Kan Isteri Pergi Kerja, Man Dipuji Suami Contoh

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram