Artis Hiburan

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab
Rasaflix

Sharing is caring!

Penghijrahan daripada free hair kepada berhijab bukanlah sesuatu yang mudah. Sebelum ini, ramai selebriti wanita sudah mula mengenakan hijab seperti Wan Sharmila, Hannah Delisha dan Mawar Rashid. Tidak ketinggalan, aktres Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin baru-baru ini juga mula berkongsi foto berhijab di laman Instagram miliknya.

BACA: Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Masih dalam proses untuk sesuaikan diri, harap hati tak berbolak-balik

Memetik laporan Berita Harian, pelakon berusia 35 tahun ini akhirnya menjawab persoalan para peminatnya. Dia dikatakan masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan imej baru tersebut serta mengharapkan orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya. Selain itu, aktres ini turut mendedahkan bahawa keputusan berkenaan dilakukan atas kerelaan sendiri dan tidak ingin hatinya berbolak-balik dalam hal berkenaan.


Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Tak fikir panjang untuk jual pakaian lama, akui tidak sabar untuk menutup aurat

Selain itu, pelakon drama ‘Love You Mr. Arrogant‘ ini tidak teragak-agak langsung untuk menjual pakaian lamanya. Zara akui tidak sabar untuk menjaga aurat dan memohon agar Allah S.W.T. menetapkan hatinya untuk terus bertudung.

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab


Tak takut tawaran berlakon terjejas, lebih percaya pada rezeki

Mengulas mengenai kerjayanya, selebriti kelahiran Perak itu tidak takut jika keputusan untuk berhijrah akan menjejaskan tawaran berlakon pada masa akan datang. Hal ini kerana, Zara lebih percaya kepada rezeki dan berasa lebih bersemangat dengan imej barunya.

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Sumber: FB Berita Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Zara Zya Tolak Job Berlakon Watak Free Hair, Dah Jual Baju Lama & Kini Berhijab

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram