Artis Hiburan

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Sharing is caring!

Sejak beberapa hari lalu, penampilan berhijab pelakon berbakat besar iaitu Wan Sharmila menerusi beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya telah mencuri tumpuan para netizen. Malah imej terbaru pelakon kecil molek berusia 38 tahun ini sewaktu bercuti ke Osaka, Jepun turut mendapat pujian ramai kerana dia kelihatan manis dan cantik apabila bertudung.

BACA : Dalam Perkahwinan Banyak Fasa Kena Tempuhi & Elakkan Berada Di ‘Comfort Zone’

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Mula pakai tudung sejak 3 hari lalu

Menerusi portal mStar, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala ini memberitahu bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat. Tapi akhirnya nekad melakukan perubahan tersebut sempena ulang tahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu.


Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Pakai tudung dalam lakonan, mula pilih pakaian bersesuaian

Dalam pada itu, Lala mendedahkan kemunculannya memakai hijab dalam beberapa drama sebelum ini sebenarnya adalah atas permintaan peribadi sendiri untuk mengajar diri agar terus istiqamah. Malahan dia sudah mula memilih dalam mengenakan apa-apa pakaian yang bersesuaian.

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Harap tiada siapa yang judge..

Tambahnya lagi, dia juga tidak takut sekiranya kurang tawaran berlakon sebaliknya percaya pada rezeki akan lebih luas selepas ini. Jelas Wan Sharmila, dia berhijab adalah kerana tanggungjawab dan bukannya fesyen semata-mata. Dia turut berterima kasih kepada sesiapa yang menghantar mesej dan mendoakannya serta berharap tidak melemparkan dengan sebarang tuduhan dengan penampilannya itu.


Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Sumber : IG Wan Sharmila , mStar 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tampil Dengan Imej Berhijab, Wan Sharmila Tak Takut Pun Kalau ‘Kurang’ Job

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram