Cinta & Perhubungan Hiburan Inspirasi

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Sharing is caring!

Ibu tiri selalu dikaitkan dengan sifat jahat seperti yang sering digambarkan dalam filem dan cerita dongeng contohnya ‘Bawang Merah Bawang Putih’ dan juga ‘Cinderella’. Hakikatnya, tidak semua ibu tiri itu bersifat negatif malah kadangkala kebaikan mereka lebih mulia daripada ibu kandung. Selebriti Mawar Rashid antara goIongan ibu tiri yang sering menjadi perhatian di media sosial. 

BACA: Alamak, Tak Boleh Stop Menangis! Habis Sampai Meraung Sayang Ibu

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Ini kerana hubungannya dengan kedua-dua anak Raf Yaakob sangatlah rapat, tidak terlihat langsung jurang antara mereka meskipun kini Mawar sudah pun memiliki anak kandung sendiri. Keakraban Mawar dan anak-anak tiri sering menjadi sesuatu yang dikagumi ramai, termasuklah seperti video yang dikongsikan Mawar baru-baru ini di Instagram. 

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Anak2 ku yang baik

Dalam video berdurasi 6 minit itu memaparkan aktiviti mereka di rumah yang sedang menjamu selera di meja makan tanpa kehadiran Raf Yaakob. Ketika Mawar merakamkan video itu, anak lelakinya, Rayyan sedang menyediakan air buat mereka bertiga dan Mawar telah memuji kebaikan anak sulungnya itu. Rayyan dan Raysaa juga kemudiannya mendekati Mawar lalu mendakapnya. Aksi mereka bertiga telah ditonton hampir 300 ribu pengikut Mawar di Intagram yang rata-ratanya cair melihatkan aksi sweet itu.

Melalui kapsyen, Mawar telah menyatakan bahawa dia sering mendoakan perkara yang baik-baik buat kedua-dua anak itu. Malah Mawar juga akui hatinya bergetar setiap kali melihat kebaikan yang ikhlas ditunjukkan anak-anak itu terhadapnya dan sesungguhnya dia bersyukur dengan nikmat itu.  

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Di ruangan komen, Raf Yaakob juga tidak ketinggalan menitipkan kata-kata manisnya terhadap hubungan erat yang terjalin antara isteri dan anak-anaknya. Raf Yaakob menyifatkan bahawa kedua-dua anaknya itu telah cukup besar untuk menilai kebaikan yang ikhlas dari seseorang, dan itulah yang mereka rasakan terhadap Mawar. 

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Ikatan yang awak miliki dengan dua Raden saya ternyata tak dapat disentuh. Walaupun terdapat usaha yang tak masuk akal oleh orang-orang yang cuba memisahkan hubungan kalian, namun ikatan awak dengan dua Raden saya tetap tak dapat dipisahkan. Sebab awak asli dan dua Raden saya dah cukup besar untuk menghargai keikhlasan dan kebaikan hati orang macam awak. Saya sangat awak sangat-sangat, wanitaku. Saya anak-anak kita yang hebat juga 

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Bagusnya, layan macam anak sendiri

Ruangan komen tersebut juga dipenuhi dengan pelbagai kata-kata pujian dan ucapan tersentuh dari para netizen yang melihat cara layanan baik Mawar terhadap anak-anak suaminya itu ketika di meja makan. Mereka melihat Mawar sebagai seorang wanita yang penyayang, sebab itulah anak-anak tirinya begitu baik dengannya kerana dapat merasakan keikhlasan yang tulus dari Mawar. 

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Mawar memang ibu yang baik 

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

You and Raf memang ibu bapa yang baik! Tahniah

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Sumber: IG mawarashid

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“You So Sweet”- Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram