Utama Hiburan "Bulu Mata 4 Tingkat"- Abil Kejutkan Peminat Di MLS, Ciplak Habis Stail...

“Bulu Mata 4 Tingkat”- Abil Kejutkan Peminat Di MLS, Ciplak Habis Stail Che Ta!

Semalam, telah berlangsungnya minggu ke-7 bagi program realiti Muzikal Lawak Superstar yang membawa tema stadium. Apa yang lebih menjadi perhatian penonton adalah penampilan yang ditonjolkan Nabila Huda selaku pengemudi utama program ini bersama Nabil Ahmad yang tidak tumpah seperti primadona Malaysia, Rozita Che Wan! Malah, lukisan kening dan bulu matanya juga disolek sebijik menyerupai Che Ta!

BACA: “Baru Natural Beauty”- Neelofa Jadi Muka Depan Majalah, Tanpa Sebarang Make Up!

Bersempena dengan tema stadium, Abil telah membawa watak Rozita Che Wan dengan cara meniru stail outfit of the day (OOTD) wanita itu yang pernah viral suatu ketika dahulu ketika menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara pasukan Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember yang lepas. 

Tak mudah jadi Che ta ye kawan-kawan

Difahamkan, segala pakaian yang dig4yakan Abil pada malam tadi sebenarnya telah dipinjam dari Che Ta sendiri. Walaupun gambar-gambar yang dikongsikannya ke Instagram itu memperlihatkan stail dan rupa yang sama dengan primadona cantik itu, namun Abil akui sememangnya sukar menjadi seperti Che Ta.

View this post on Instagram

Rasa2 kami luluih daq jadi macam hangpa? @rozitachewan1 #muzikallawaksuperstar

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on




Dalam setiap ruangan komen gambar-gambar yang dikongsikan Nabila Huda, Che Ta tidak melepaskan peluang memberikan komen berbaur gurauan kepadanya. Menurut Che Ta, penampilan ‘ciplak’ itu kelihatan sama sangat dengan dirinya malah membuatkan dia hampir tertipu semasa pertama kali melihat gambar tersebut.

Kami ingat kami.. boleh berlakon jadi adik

Adiq ipaq kita sama ka

Lulus jadi macam Che Ta

Seriuslah.. sebijik. Lagi2 tang kening

Rata-rata peminat turut terkejut melihat perubahan wajahnya yang dikatakan serupa sangat dengan Che Ta. Ruangan komen foto Abil dipenuhi dengan pelbagai komen berbaur terhibur dari kalangan peminat.

The power of make up

Sumber: IG kupu_kupu




Artikel Popular