Viral

Wira Negara Pergi Selamanya, Ummi Nazeera Mohon Maaf ‘Wakilkan’ Rakyat Malaysia

Wira Negara Pergi Selamanya, Ummi Nazeera Mohon Maaf ‘Wakilkan’ Rakyat Malaysia
Rasaflix

Sharing is caring!

Beberapa hari yang lalu, kita telah dikejutkan dengan berita sedih pemergian seorang petugas kesihatan. Kisah sedih ini telah memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai termasuklah seorang selebriti popular, Ummi Nazeera. Terbaru, pelakon itu telah memuat naik satu posting mengenai perkara tersebut di media sosial miliknya.


BACA : Staf Ditarik Ke ICU, Driver Ambulans Penat Frontliner Rayu Rakyat Ikut SOP

Wira Negara Pergi Selamanya, Ummi Nazeera Mohon Maaf ‘Wakilkan’ Rakyat Malaysia

Maafkan kami rakyat Malaysia sebab penting diri…masih ada merungut tak boleh keluar

Menerusi perkongsian Ummi Nazeera, dia telah meluahkan rasa sedih di atas pemergian salah seorang wira negara iaitu Allahyarham Doktor Ali. Di ruangan kapsyen posting berkenaan, dapat dilihat pelakon ini seolah-olah ‘mewakili’ rakyat Malaysia telah meminta maaf kerana masih ada segelintir yang bersikap penting diri. Hal ini kerana masih ada yang tidak mematuhi SOP serta merungut apabila tidak boleh keluar rumah.

Dah tahu tapi masih tak bersyukur…maafkan kami damailah di sana wira-wira negara

Selebriti berusia 31 tahun itu juga tidak menafikan bahawa tugas untuk menyelamatkan negara daripada wabak ini bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun mereka tahu tentang kesusahan wira negara namun, masih ada yang tidak tahu untuk bersyukur dengan segala nikmat. Dalam pada itu, Ummi Nazeera turut menitipkan doa buat wira-wira negara di samping berharap agar Allah memaafkan semua rakyat Malaysia.


Wira Negara Pergi Selamanya, Ummi Nazeera Mohon Maaf ‘Wakilkan’ Rakyat Malaysia

Sumber : Instagram Ummi Nazeera

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Wira Negara Pergi Selamanya, Ummi Nazeera Mohon Maaf ‘Wakilkan’ Rakyat Malaysia

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram