Setiap negara mempunyai keistimewaan dan keunikan sendiri khususnya dari segi makanan. Meskipun terkadang bahan serta rasa sesuatu makanan itu tidak menepati selera peribadi, namun itu bukanlah ‘lampu hijau’ untuk kita memberikan kritikan sewenang-wenangnya. Baru-baru ini pula, media Twitter juga mula kecoh apabila #Nasilemak menjadi trending secara tiba-tiba. Siapa menduga, rupanya semua itu berkaitan dengan tindakan seorang wanita luar negara selepas merasai hidangan popular Malaysia iaitu Nasi Lemak.
BACA : RM30 Dulu Boleh?-Cikgu Hampir Menangis, Ibu Terpaksa Bayar Ansur Yuran Anak
Biasanya suka makanan flight tapi yang ni…
Mula dikongsikan menerusi Twitternya sejak petang semalam, wanita ini sempat meluahkan kekecewaan selepas merasai nasi lemak yang dihidangkan kepadanya ketika berada dalam sebuah penerbangan. 13 jam berada dalam pesawat berkenaan, nampaknya dia kesal kerana hidangan itu mempunyai presentation dan rasa yang teruk. Kritiknya lagi, antara bahan paling yang tidak boleh diterima tekaknya adalah ikan bilis memandangkan ia mempunyai aroma kurang menyenangkan.Â
YouTubers Mat Saleh sempat bagi respon padu
Seperti yang sudah dijangka, luahan tersebut nampaknya membangkitkan kemarahan ramai termasuklah seorang food YouTubers terkenal, Rhys William. Bagi yang tidak tahu, lelaki ini sebenarnya berasal dari Britain dan mula popular sekitar 2015 kerana dia banyak membuat video tentang kepelbagaian makanan tempatan. Bahkan kini, dia begitu fasih menggunakan Bahasa Melayu dalam kebanyakan videonya.Â
Post gambar kutuk…nasi lemak sedap kot
Berbalik kepada isu kritikan nasi lemak oleh wartawan wanita tadi, dia juga sempat memberikan respon padu. Bukan sahaja kelihatan agak bengang, malahan dia mengkritik semula sikap tidak sensitif wartawan berkenaan terhadap makanan popular rakyat Malaysia. Selepas puas memberikan respon, dia sempat mengajak wanita berkenaan untuk merasai sendiri rasa lemak yang ssli.
Sumber : Twitter Rhys William dan Katie Morly