Janin Hilang Bukan Salah Sesiapa, Wanita Dedah Pengalaman Hamil ‘Blighted Ovum’

Betapa luluhnya emosi bakal ibu bapa apabila diberitahu bahawa janin anak dalam kandungan tiba-tiba hilang. Mungkin masih ramai wanita yang masih musykil ataupun tidak pernah tahu tentang misteri sebalik kejadian berkenaan. Hakikatnya, fenomena sedemikian tidak asing berlaku dalam kelompok masyarakat kita. Ikuti pengalaman ‘pelik tapi benar’ yang dikongsikan oleh seorang ibu dari Kota Bharu ini.

BACA: [VIDEO] Gugur Masa IVF Pertama, Akhirnya Allah Ganti Dengan 3 Kembar Sekaligus

Sering muntah & perut memulas-mulas…ingatkan simptom mengandung

Menurut Puan Nur Syaza, kejadian duka itu menimpanya sekitar awal tahun 2018 yang lalu. Sewaktu kandungan mencecah usia 5 minggu, dia telah berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan di bahagian perut. Namun, dia menganggap kesemua itu sekadar simptom ibu mengandung saja memandangkan ini adalah kehamilan pertama dilalui olehnya.

Advertisement

Advertisement

Buat ultrasound…doktor cakap kantung saja ada

Selang beberapa minggu kemudian, Puan Syaza bagaimanapun tergamam apabila tiada janin ditemukan dalam kandungannya. Menurut doktor yang memeriksanya, komplikasi berkenaan disebut sebagai blighted ovum. Fasa itu terjadi akibat punca daripada kerosakan kromosom dan genetik sewaktu pembentukan awal janin. Malah jika dilahirkan pun, bayi tersebut besar kemungkinan menghidap sebarang kecacatan pula.

Advertisement

Tiba-tiba ada ‘benda’ besar keluar dari bawah..

Sebulan berlalu, situasi yang sangat dahsyat pula menimpa Puan Syaza hingga menyebabkan kondisi badannya jadi terlalu lemah. Selepas dikejarkan ke unit kecemasan, pihak doktor akhirnya mengesahkan bahawa dia mengalami keguguran di awal kehamilan. Susulan itu, dia menjalani tempoh berpantang dengan penuh teliti kerana tidak mahu perkara buruk lain pula berlaku.

Advertisement

Advertisement

Bukan salah sesiapa…blighted ovum jadi sekali pada setiap wanita

Siapa sangka wanita ini cukup bertuah apabila dikurniakan rezeki untuk mengandung semula sekali gus memperoleh seorang puteri yang sangat comel. Berhubung kegagalan kehamilan pertama, Puan Syaza menasihati golongan wanita di luar sana agar jangan cepat ‘menuding jari’ terhadap diri sendiri atau pihak lain. Hal ini kerana komplikasi blighted ovum terjadi secara semula jadi. Bagaimanapun, dia tidak mengulas lanjut mengenai hubung kait kehilangan janin dengan pembabitan unsur mistik.

Advertisement

Sumber: FB Nur Syaza

Advertisement

Advertisement