Kisah mistik memang begitu dekat dengan masyarakat kita khususnya di kalangan orang Melayu. Pantang sahaja timbul kisah mengenai benda-benda seram, berita itu pastinya menjadi viral dalam sekelip mata. Dalam pada itu, seorang pemuda di Twitter yang mengakui dirinya sebagai seorang waris Negeri Sembilan sempat menceritakan mistik mengenai sebuah ‘lokasi keras’ iaitu di Bukit Putus.
BACA :Â [VIDEO] Dapat Santau Angin Lepas Dinaikkan Pangkat, Bila Berubat Ini Yang Jadi
Bukit Putus takde rumah pun…Mana mereka nak tanam?
Dengan pengetahuan melalui pengalaman orang lain serta keluarga sendiri, pendedahannya mengenai lebuh raya lama itu ternyata meremangkan bulu roma kita semua. Bagi penduduk Negeri Sembilan sendiri serta pengguna lain yang kerap menggunakan jalan itu, pastinya ramai menyedari ia mempunyai aura ‘semacam’. Antara kisah yang pernah dibongkar sebelum ini adalah kelibat lelaki mengusung keranda di tengah jalan walhal kawasan itu hanyalah hutan semata-mata.
Jangan pandai-pandai…Kalau jumpa lari tak cukup tanah
Tidak cukup dengan kisah keranda, ura-ura juga mengatakan orang yang menggunakan jalan lama ini sering terserempak dengan entiti menyerupai bantal panjang. Lebih menyeramkan apabila makhluk tersebut akan mengejar semua kenderaan dengan cara bergolek-golek atas jalan raya. Bayangkan sahaja sudah cukup ngeri, apalagi jika berlaku depan mata kan? Dalam pada itu, wujud juga dakwaan kononnya terdapat sebuah pokok tumbang seakan-akan ‘dihuni’ seorang lelaki tidak berkepala. Mengilai meminta tolong adalah cara makhluk tersebut ‘mengusik’ manusia.
Badan orang tanpa kaki dan kepala melintas depan kereta
Kisah terakhir pula dialami oleh ahli keluarga pemuda ini sendiri. Ketika itu, mereka mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung secara tiba-tiba. Siapa menduga dalam perjalanan itu mereka menerima seorang ‘tetamu tak diundang’ di tengah-tengah jalan raya. Mujur sahaja ayahnya masih mampu bertenang kerana sudah biasa dengan kejadian sebegitu.
Sumber : Twitter yourbuffbuffboi