Memilih seorang lelaki untuk dijadikan suami sememangnya bukanlah satu perkara mudah. Silap hari bulan jika tersalah pilih, boleh makan diri! Seperti kebanyakkan wanita di luar sana, antara ciri-ciri klise bakal suami yang sering diinginkan mereka adalah bertanggungjawab dan penyayang, selain memiliki rupa paras yang sedap mata memandang. Hakikatnya, mereka sering terlepas pandang untuk menilai sisi lain setiap lelaki yang sebenarnya jauh lebih penting untuk dijadikan ketua keluarga.
BACA: Sanggup Menjanda Demi Elak Suami Baran, Tapi Si Anak Pula Buat Perangai Sama!
Selain bertanggungjawab, penyayang dan bersikap matang, seorang lelaki itu sesuai untuk dijadikan suami sekiranya mereka memiliki 7 ciri rare ini dalam diri mereka. Nak tahu apa antaranya? Teruskan membaca!
1. Tak terlalu agungkan kereta
Lelaki yang matang akan menjadikan kereta sebagai pengangkutan yang sekadar memudahkan pergerakan untuk pergi bekerja dan melakukan perkara-perkara lain. Bukannya sebagai 0bjek untuk mereka rasa hebat dan berstail. Lelaki yang matang akan berfikir panjang untuk tidak membazirkan wang ke arah kereta seperti menukar stereng, sportrim, warna kereta, memasang spoiler, menukar design tayar dan sebagainya.
2. Tak mer0kok
Kedengaran klise tapi itulah realitinya. Seseorang lelaki itu sesuai dijadikan teman hidup bila mereka sendiri tahu menyayangi diri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Caranya mudah sahaja. Jika mereka pandai menjaga kesihatan diri sendiri, maka begitu juga dengan kesihatan si isteri dan anak-anak. Lagi satu, mereka juga tidak akan membazirkan wang untuk membeli rok0k sebaliknya menyimpan duit itu untuk masa depan.
3. Tak minat pakaian & barang berjenama
Pakai baju bundle pun takde hal lah! Yang penting tahan lama, murah dan berkualiti. Jenama tak penting. Sebab apa? Sebab mahal je lebih!
4. Banyak baca buku pengurusan kewangan dan hartanah
Ni paling rare! Jarang-jarang lelaki nak habiskan duit untuk beli bahan-bahan bacaan berkaitan pengurusan kewangan dan hartanah atau lebih rare lagi sanggup berhabis ratusan ringgit untuk mengikuti kelas-kelas sebegini. Atau paling tidak pun menimba ilmu dengan cara membuat bacaan menerusi Internet tentang ilmu hartanah dan pengurusan kewangan. Ini menunjukkan mereka semakin matang kerana sudah memikirkan masa depan. Terbaik! Tapi kalau mereka rajin baca AI-Quran dan tafsirnya, eloklah suruh cepat-cepat masuk meminang ye..
5. Tak minat lepak kedai hipster
Biasanya perempuan je yang macam ni. Kononnya dapat ambil gambar cantik-cantik lepastu kongsikan kat Instagram. Nampaklah macam kehidupan yang mewah sikit kat media sosial. Tak gitu? Kalau perempuan tak pelik sangat, tapi kalau lelaki pun ada yang perangai macam ni.. memang pelik habis! Kalau boleh tiap minggu nak lepak kedai kopi mahal-mahal, tapi hutang PTPTN tak nak bayar. Kalau sekali-sekala tak salah, tapi yang salahnya kalau tiap minggu!
6. Ada peIaburan terjamin
Dia mempunyai pelaburan yang terjamin seperti meIabur di ASB ataupun Tabung Haji. Tapi kalau dah ada rumah sendiri tu kira bonuslah. Tak payah pening-pening lagi fikirkan lepas kahwin nak tinggal mana, betul tak? Yang paling penting, mereka dah ada simpanan untuk majlis kahwin dan juga wang hantaran sebab tak nak buat pinjaman peribadi dengan bank semata-mata untuk kahwin. Mereka juga tidak tergiIa-giIakan dengan peIaburan Skim Cepat Kaya sebab fikir nak pakai kereta Audi cepat-cepat. Kalau pakwe korang ada ciri yang ke enam ni, kira bolehlah tarik nafas lega sikit..
7. Tak tergiIa-giIakan gajet canggih
Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat. Setiap kali telefon pintar terbaru dilancarkan, mereka langsung tidak hairan. Cukuplah dengan telefon yang ada setakat ini, boleh membuat panggilan dan juga menghantar WhatsApp. Itu pun dah memadai.
Jadi, sekiranya teman lelaki anda memiliki semua 7 ciri-ciri itu, tahniah! Anda sudah berjaya menemui seorang jejaka matang yang bersedia menggalas komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang suami. Silakan ke langkah yang seterusnya..!
Sumber: FB Amir Syahir