Artis

Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf

Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf
Rasaflix

Sharing is caring!

Pada tanggal 18 Februari 2020, kita dikejutkan dengan pemergian pelakon kacak bernama Ashraf Sinclair gara-gara masalah jantung. Pemergian secara tiba-tiba itu bukan sahaja merobek jiwa peminat, malahan isterinya iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) juga benar-benar luluh hati. Kini selepas hampir beberapa bulan, dia bersama anak mereka terus cekal meneruskan kehidupan. Namun begitu, kerinduan terhadap Allahyarham seolah-olah terbangkit selepas viral semula video lama mereka berdua.

BACA : Suami Tiada Masih Disayangi Mentua, BCL & Keluarga Sinclair Wajar Jadi Tauladan

Hadiri pengebumian presiden Indonesia (2019)

Sejak dikongsikan beberapa hari lalu, rakaman pendek itu meraih perhatian penuh para netizen. Difahamkan, ketika itu suami isteri berkenaan sedang menghadiri majlis pengebumian seorang bekas presiden Indonesia pada September tahun 2019 lalu. Jelasnya, Bunga dilihat sedang sibuk menjalani temu ramah bersama para wartawan manakala Ashraf pula hanya berdiri di sebelahnya. Dalam masa sama, Bunga gagal menahan sebak dan dia juga telah mengalirkan air mata.


Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf

Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf

Tatapan mata yang penuh makna

Namun dapat diperhatikan, Allahyarham Ashraf seolah-olah menenung sedalam-dalamnya wajah suri hatinya itu. Dengan selitan muzik latar yang cukup menyedihkan, situasi berkenaan sedikit sebanyak mengundang sebak di dada. Sepanjang Bunga Citra LestarI bercakap, entah mengapa pandangan wajah lelaki itu tak pernah putus menoleh ke arahnya semacam ada sesuatu yang difikirkan dalam kepala.

Bertuah BCL dapat Ashraf sebagai suami

Selepas menyaksikan rakaman pendek itu, netizen mengakui sangat terharu terhadap cara Ashraf memandang isterinya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, mereka menyifatkan BCL sangat bertuah kerana pernah mempunyai suami penyayang dan baik seperti Ashraf. Tidak ketinggalan, ramai mendoakan semoga cinta mereka kekal ke syurga.


Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf

 

Sumber : Instagram bclashrafnoah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Viral Semula Video Lama BCL, Netizen Perasan Sesuatu Di Mata Allahyarham Ashraf

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram