Artis Berita Semasa Kesihatan

Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif
Rasaflix

Sharing is caring!

Antara simptom jangkitan COVID-19 adalah demam, batuk serta ketidakselesaan di tekak. Kesemuanya telah dialami oleh seorang pengacara popular iaitu Nabil Mahir sejak beberapa hari lepas. Selebriti tersebut terus mengambil keputusan untuk menjalankan ujian saringan bagi memastikan dirinya bebas daripada wabak berkenaan.

BACA: 4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik


Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Jalani ujian secara drive-thru semalam

Sebuah video dirinya sedang menjalani ujian saringan secara pandu lalu telah dikongsikan oleh Nabil semalam di laman Instagram. Dalam posting tersebut, dia berharap agar keputusan yang bakal diperoleh adalah negatif. Dia turut mengakui perasaan risau telah menyelubungi dirinya sejak beberapa hari lepas apabila dia mengalami simptom-simptom yang seakan sama dengan COVID-19.

Alhamdullilah dapat result negatif

Dengan rasa syukur, pengacara berkenaan mengumumkan keputusan yang diperolehi menunjukkan dia ‘bersih’ daripada pandemik berkenaan melalui laman media sosialnya itu. Dalam posting yang baru dimuat naik beberapa jam lepas itu, dia turut meluahkan rasa rindu untuk beriadah di luar tanpa perlu risau apa-apa masalah kesihatan yang melanda.


Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Terus kuarantinkan diri walaupun disahkan ‘bersih’

Memetik laporan Berita Harian Online, Nabil memang tidak keluar dari rumahnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Tambahnya lagi, walaupun keputusan telah menunjukkan negatif dia tetap akan kuarantinkan dirinya demi keselamatan keluarga.

Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Sumber: IG Nabil Mahir, FB Berita Harian Online


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jalani Ujian Saringan Drive-Thru Semalam, Nabil Mahir Syukur Keputusan Negatif

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram