Baru-baru ini, viral kisah seorang wanita apabila kandungannya disahkan berada di luar rahim dan terpaksa melakukan pemeriksaan laparosc0py untuk mengetahui keadaannya. Namun, hasilnya tidak menunjukkan sebarang penampakan janin sehingga pihak hospitaI menyarankan agar melakukan operation secara cesarean dan berlaku keguguran. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang bernama Hakimi Mohd Noor menerusi laman Facebook.
BACA :Â Budak 4 Tahun Banyak Kali Batuk Keluar Cacing, Bila Doktor Rawat Rupa-Rupanya..
Nak jelaskan tohmahan, 7 minggu tak datang haid
Terkesan dengan isu yang timbul, seorang pemilik akaun bernama Anna Liza Roslani juga merupakan doktor pakar 0bstetrik dan Ginekologi (O&G) tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. Hal ini kerana dia mahu memperbetulkan tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat. Menurutnya, doktor mula mengesyaki wanita itu hamil luar rahim apabila dia memberitahu sudah 7 minggu tidak datang haid dan untuk menentukan usia kandungan. Maka dari situ jugalah janin akan kelihatan apabila doktor melakukan ultras0und.
Ini soal nyawa, lapar0scopy..sahkan kandungan luar rahim/tidak
Jelasnya lagi, kandungan luar rahim boleh menyebabkan si ibu hilang nyawa sekelip mata kerana bleeding. Bagi para wanita yang hamil dalam keadaan sedemikian, operation dilakukan dengan segera bukanlah untuk menakutkan mereka. Bagi memperjelaskan pemeriksaan laparosc0py yang dilakukan, Dr Anna memberitahu bahawa ia adalah untuk mengesahkan keadaan kandungan. Jadi, doktor terpaksa membuang ketumbuhan itu sekiranya ia kelihatan kerana bimbang akan masalah kesihatan lain pula yang timbul.
Operation di abd0men bukan cesarean section
Di samping itu juga, operation yang dilakukan di bahagian abdomen bukanlah cesarean section seperti mana dimaksudkan oleh suami wanita berkenaan. Hal ini kerana mereka telah menyalah tafsir apa yang diberitahu doktor tentang operation berkenaan. Malah Dr Anna turut bersimpati dengan nasib suami isteri berkenaan.
Sumber : FB Hakimi Mohd Noor , Anna Liza Roslani