Artis Hiburan

Ardell Surprise Birthday Buat Suami Siap Pakai Jersi Arsenal Sweet Habis

Ardell Surprise Birthday Buat Suami Siap Pakai Jersi Arsenal Sweet Habis

Sharing is caring!

Sejak mendirikan rumah tangga awal September lalu, apa saja yang dikongsikan oleh couple selebriti Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa di laman media sosial seringkali mencuri perhatian ramai. Mana taknya, mereka dilihat sebagai suami isteri yang sweet dan comel. Terbaru, Nadzmi telah berkongsi video di Instagram memaparkan gelagat isterinya yang membuat kejutan hari lahir buat dirinya.

BACA : Gosip Bersama Khai Bahar, Nana Risau Mentua Susah Terima Status Janda Anak Satu

Thank you for everything my love

Dalam video berdurasi 8 minit itu, Ardell telah memimpin tangan suaminya dalam keadaan mata tertutup di sebuah hotel. Lebih istimewa lagi, kejutan itu turut dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing dengan memakai baju jersi kelab bola sepak Arsenal.


Awak sentiasa buat saya happy

Menurut kapsyen yang ditulis, Adhwa menzahirkan ucapan terima kasih buat isteri tercintanya itu kerana selalu menggembirakannya. Malah dia turut mendoakan kesihatan yang baik untuk Ardell dan rumah tangga mereka kekal bahagia.

Ardell Surprise Birthday Buat Suami Siap Pakai Jersi Arsenal Sweet Habis

Tahun ni lain sikit sebab tak ada ‘aku kau’

Menjengah ke IG Ardell pula, dia tidak ketinggalan berkongsi video sama berserta kapsyen yang sweet. Tambah pelakon itu lagi, kejutan hari lahir pada tahun ini sangat berbeza kerana tiada lagi panggilan seperti sewaktu mereka bersahabat. Malah dia juga berterima kasih kepada semua pihak  yang sudi menjayakan majlis bermakna itu. 


Ardell Surprise Birthday Buat Suami Siap Pakai Jersi Arsenal Sweet Habis

Sumber : IG Ardell Aryana , Nadzmi Adhwa


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ardell Surprise Birthday Buat Suami Siap Pakai Jersi Arsenal Sweet Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram