Siapa di sini penggemar Boba Tea? Minuman tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan remaja sekarang biarpun banyak spekulasi mengenainya sebelum ini. Terbaharu, warganet dikejutkan sekali lagi apabila dua orang wanita ini merakam video mengenai minuman viral itu yang menjadi keras apabila dijemur semalaman. Perkara itu lantas menimbulkan pelbagai persoalan daripada penggemar minuman terbabit kerana bimbang ianya tidak mampu dihadam oleh perut.
BACA: Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Menjawab pertanyaan berikut, seorang wanita yang bernama Fatimah Salim ini telah memuat naik status di Facebook untuk memberi penerangan lanjut. Menurutnya yang bekerja sebagai ahli kimia, pearl dalam minuman terbabit menjadi keras atas beberapa faktor termasuklah bahan-bahan yang digunakan dan proses pembuatannya.Â
https://twitter.com/AqilRasid/status/1176359312957947904
Tepung ubi dan kanji
Sebenarnya, bubble tea tersebut diperbuat daripada tepung ubi yang sudah sedia maklum mempunyai kandungan kanji di dalamnya. Malah, proses yang berulang-ulang digunakan untuk menghasilkan pearl tersebut memang ada kaitan ianya boleh menjadi keras.Â
Masih boleh hadam
Biarpun begitu, jangan pula menyangka bahawa bahan tersebut tidak dapat dihadam langsung oleh perut. Mengulas lanjut, Fatimah memberitahu bahawa tubuh kita mempunyai banyak bahan kimia semula jadi yang membantu proses pengahadaman. Sementara itu, dia juga tidak menyangkal bahawa minuman tersebut sememangnya mengambil sedikit masa untuk dihadam dan terdapat kandungan gula yang tinggi.Â
Sumber: Twitter Aqil Rasid & Facebook Fatimah Salim