Nampaknya ramai bakal pengantin yang mengambil inisiatif untuk berkahwin beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. Hal ini kerana ada yang sudah beberapa kali menangguhkan tarikh perkahwinan berikutan isu COVID-19 yang semakin tinggi sejak dari tahun lepas lagi.
BACA:Â [VIDEO] Sakan Ikut Trend TikTok, Pengantin Lelaki Buat Bini Tergolek Lucu Habis
7 kali tangguh majlis kahwin…akhirnya sempat bernikah sebelum PKP 2.0
Kedua-dua mempelai yang dikenali Nurin Afiqah dan Fairuz antara yang tidak ketinggalan sempat melangsungkan pernikahan ketika tempoh tersebut. Instafamous dan model itu memuat naik gambar perkahwinan mereka sambil menyatakan tanda syukur kerana hajat suci tersebut telah 7 kali ditangguhkan sebelum ini.
Ubah semua persiapan perkahwinan dalam masa kurang dari 48 jam saja
Difahamkan, semua persiapan kedua-dua pengantin baru ini hanya mengambil masa kurang dari 48 jam atau 2 hari sahaja. Dalam tempoh masa yang singkat itu, mereka berjaya menukar tarikh serta lokasi. Tambah Nurin Afiqah lagi, set persalinan busana kurung yang ditempah khas untuk akad nikahnya juga mujurlah dapat disiapkan dalam waktu terhad berkenaan.
Tak ikut plan asal untuk kahwin…majilis dibuat dengan meriah…
Berdasarkan video sepanjang perkahwinan tersebut, majlis nikah Nurin dan Fairuz nyata cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai. Walaupun kesemua persiapan kahwin dibuat secara last minute serta tidak 100% mengikut perancangan sebenar, namun ia kelihatan sangat bermakna serta dipuji ramai pihak.
Sumber: Twitter nurinafiqaah Instagram nurinafiqaah