Hiburan

Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua

Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua

Sharing is caring!

Digambarkan sebagai seorang gadis baik sejak episod pertama drama ‘Seadanya Aku’, nampaknya watak Wina yang digalas oleh Datin Elvina Mohamad berjaya dilakonkan dengan berkesan. Mana tidaknya, ramai meluahkan simpati terhadap nasib malangnya sewaktu dikhianati rakan sendiri. Meskipun perasaannya selaku tunang sering dihancurkan, namun Wina pula tidak pernah berputus asa untuk memenangi cinta Zarul yang sukar diperolehi.

BACA : Hancurnya Sebuah Persahabatan Kerana Seorang Lelaki, Siapa Kawan & Siapa Lawan?

Bestfriend tak khianat kawan sendiri

Malangnya perasaan penonton bagaikan dirobek-robek apabila jalan cerita drama ini semakin menuju ke puncak. Selama ini, Aufiya terus dihantui oleh masa silam yang pernah mencabul kehomatannya semasa zaman belajar dahulu. Bahkan sehingga kini, isteri kepada Zarul itu masih tidak tahu siapakah pelaku sebenar. Keadaan semakin tegang apabila perkahwinan rahsianya bersama Zarul diketahui oleh Wina selepas Taufiq membuka mulut.


View this post on Instagram

"Hey, bestfriend tak khianat kawan dia sendiri tau. Dah takde laki ke dekat dunia ni? Kenapa tunang aku jugak dia nak amik!". . Marah betul Wina. Nampak macam Wina takkan diamkan perkara ni macam tu jek. 🙄 . Jangan lupa saksikan SEADANYA AKU #Episod19 di slot Akasia TV3 Setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. . Adaptasi novel Seadanya Aku karya @rissa_ahdiya . Dibintangi: @azleekhairiofficial @zarazya @elvinamohamad @redzarosli @dayanaroza @fadlanhazim @_sharifahhusna_ @ainina_ahmad_b @thenorishkarman @azri.iskandar_official @jasminhamidjh Dan ramai lagi. Terbitan : @countryuniversalsdnbhd Penerbit : @jalenar_e_j_a_b Arahan : @ferozkader_75 . OST SEADANYA AKU 🎵 Seadanya Aku @ippohafiz . #SeadanyaAku #SlotAkasia #AzleeKhairi #Zarul #ZaraZya #Aufiya #ElvinaMohamad #Wina #RedzaRosli #Taufik #DayanaRoza #zureen #loveyoumrarrogant #DramaSangat #dramachandelier #camelia #jujurlahnikahiaku #studiodramasangat #dramaadaptasinovel #CountryUniversalSdnBhd #HadirnyaDiaSaatAkuTerluka

A post shared by 🌈 Seindah 7 Warna Pelangi (@seindah7warnapelangi_) on

Bagai syaitan bersembunyi di sebalik topeng manusia

Meskipun merasa sangat bersalah kerana seolah-olah merampas kebahagiaan rakannya sendiri, ada satu hakikat pahit yang tidak diketahui Fiya. Bagaikan syaitan bersembunyi di sebalik topeng manusia, Wina sebenarnya mengupah Hadi untuk memperkosa Aufiya dahulu. Kejahatan itu juga sudah dapat dihidu oleh seorang lagi rakan baik mereka iaitu Zureen.

View this post on Instagram

"Wina dah tahu pasal kau dah kahwin dengan Zarul. Reaksi dia, ya Allah ya Tuhanku, macam kena rasuk. Dia mengamuk dah macam perempuan kena histeria. Takut aku tau tak". . Alamakkk yang paling ditakuti terjadi dah terjadi. Wina dah tau!! Agak2nya apa Wina akan buat? 😱 . Jangan lupa saksikan SEADANYA AKU #Episod19 di slot Akasia TV3 Setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. . Adaptasi novel Seadanya Aku karya @rissa_ahdiya . Dibintangi: @azleekhairiofficial @zarazya @elvinamohamad @redzarosli @dayanaroza @fadlanhazim @_sharifahhusna_ @ainina_ahmad_b @thenorishkarman @azri.iskandar_official @jasminhamidjh Dan ramai lagi. Terbitan : @countryuniversalsdnbhd Penerbit : @jalenar_e_j_a_b Arahan : @ferozkader_75 . OST SEADANYA AKU 🎵 Seadanya Aku @ippohafiz . #SeadanyaAku #SlotAkasia #AzleeKhairi #Zarul #ZaraZya #Aufiya #ElvinaMohamad #Wina #RedzaRosli #Taufik #DayanaRoza #zureen #loveyoumrarrogant #DramaSangat #dramachandelier #camelia #jujurlahnikahiaku #studiodramasangat #dramaadaptasinovel #CountryUniversalSdnBhd #HadirnyaDiaSaatAkuTerluka

A post shared by 🌈 Seindah 7 Warna Pelangi (@seindah7warnapelangi_) on

Baik mana pun, sifat iri hati masih wujud

Melalui YouTube TV3 Official, kebanyakan netizen mula menghamburkan kemarahan terhadap watak Wina. Selain itu, mereka juga menyentuh tentang konflik persahabatan yang cuba disampaikan menerusi drama ini. Tidak kira sebaik atau selama mana pun tempoh bersahabat, ia bukan jaminan bahawa rakan sendiri boleh dipercayai sepenuhnya.


Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua

Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua

Sumber : Instagram Seadanya Aku, Drama Sangat,  Youtube TV3MALAYSIA Official


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram