Hiburan Inspirasi Keibubapaan

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Sharing is caring!

Walaupun telah memasuki minggu akhir tayangannya, drama rantaian ‘Camelia’ ternyata semakin mendebarkan apabila tercetusnya beberapa konflik baru antara watak Marina dan Mariam. Gara-gara memaparkan realiti kemelut hubungan adik-beradik, karya arahan Eoon Suhaimi ini nyata telah mencipta fenomena tersendiri apabila sering trending di laman Twitter kerana menyelitkan elemen pengajaran berguna buat segenap lapisan masyarakat.

BACA: Mariam Gugur Akibat Sifat Dengki Adik, Ramai Ambil Hikmah Rahsiakan Kehamilan

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Isu kesihatan mental adalah serius…jangan mengumpat depan anak-anak

Baru-baru ini, seorang pengguna akaun Facebook bernama Aisyah Fathiyah terpanggil untuk mendedahkan beberapa nilai penting yang berjaya disampaikan dalam ‘Camelia’. Di samping menyedarkan orang ramai tentang isu kesihatan mental, para ibu bapa diseru agar sentiasa menunjukkan contoh terbaik di hadapan zuriat masing-masing. Jika tidak, mereka boleh terpupuk dengan sifat negatif sejak kecil seperti yang digambarkan oleh watak Tok Su dan Marina dalam episod pertama.

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan agungkan anak sendiri & ganggu emosi orang lain

Selain itu, ujarnya drama ini juga mengajar orang ramai supaya jangan bersikap prejudis terhadap orang lain seperti Malik yang diambil sebagai anak angkat. Dalam pada itu, karakter Marina yang sering dengki telah mengganggu tahap emosi kakaknya hingga muncul split personality bernama Camelia. Oleh sebab itu, Aisyah berpendapat bahawa ibu bapa merupakan individu terpenting demi mencorak keperibadian anak-anak hingga dewasa kelak.  

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan percaya membuta-tuli…perlu curiga pada partner

Daripada aspek percintaan pula, setiap orang dinasihati agar jangan tertipu dengan kecantikan luaran sahaja dan beri kepercayaan kepada partner sewenang-wenangnya. Setakat ini, sudah empat jejaka terperangkap dalam tipu helah yang direncanakan oleh Marina demi mencapai motif jahatnya. 

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Bukan drama Melayu tipikal…isu depression & split personality

Secara keseluruhannya, Aisyah memuji usaha pengarah dan para pelakon yang menjayakan siri tersebut sekali gus keluar daripada tema klise drama Melayu. Walaupun tak dinafikan ada bahagian tertentu yang dikritik olehnya, namun plot mengenai kedua-dua watak utama ini sering membuatkan ramai ternanti-nanti bagi mengetahui kesudahannya. Dalam pada itu, dia turut berkongsi bait nasihat yang memberi maksud mendalam sepanjang drama ini.

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Sumber: FB Aishah Fathiyah & YouTube TV3MALAYSIA Official

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Jangan Terlalu Agungkan Anak, Ini 10 Nilai Patut Dipelajari Dari Drama Camelia

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram