Berita Semasa Viral

[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali

[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali
Rasaflix

Sharing is caring!

“Garuda dibaham Harimau Malaya”, demikianlah ungkapan paling sesuai menggambarkan pencapaian yang berjaya dijulang oleh skuad kebangsaan semalam. Dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan mantap daripada Safawi Rasid, penyokong bola tempatan nampaknya begitu gembira meraikan detik berkenaan lebih-lebih lagi yang menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam pada itu, pelbagai paparan video mula memenuhi ruang media sosial kita sehingga pagi ini.


BACA : [VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling Melting

[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali
Kredit Foto : MalaysiaGazette
[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali
Kredit Foto : MalaysiaGazette

Lagu latar jadi perhatian

Menjengah ke ruang Twitter pula, terdapat sebuah video yang berjaya menarik perhatian netizen. Sejak dikongsikan semalam oleh seorang lelaki yang menggunakan akaun @Riezlan, keratan video Safawi berjaya menerobos gawang gol Indonesia itu sudah meraih hampir 50 ribu jumlah tontonan. Berbeza dengan yang lain, video ini bertambah menarik apabila Riezlan menambahkan sebuah lagu latar yang seolah-olah sesuai dengan detik penuh keterujaan tersebut.

[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali
Kredit Foto : MalaysiaGazette

Tak sangka lain macam aura dia bila tambah lagu ni

Lagu yang dimaksudkan adalah ‘My Heart Will Go On‘ iaitu OST bagi filem barat terkenal berjudul Titanic. Meskipun video jaringan penalti berkenaan sudah banyak berlegar di ruangan media sosial, namun irama muzik bahagian korus pada lagu popular berkenaan menambahkan lagi aura syahdu bagi sesiapa yang mendengarnya. Melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja terhibur malahan mengakui perasaan mereka bertukar sebak dengan penggunaan lagu itu.


[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali [VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali [VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali

Sumber : Twitter Riezlan

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram