Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling ‘Melting’

19th November 2019
in Viral
[VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling ‘Melting’
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mula menjadi perhatian netizen setelah video bermain hoola hoop menjadi viral, keletah adik Maisarah Ilham dan Cikgu Fazri sering sahaja menghiburkan ramai. Bahkan sehingga kini, guru muda tersebut rajin berkongsikan perjalanan tugasnya sebagai pendidik yang mengajar murid Pendidikan Khas di sebuah sekolah terletak di Sandakan, Sabah. Nampaknya, video terbaru yang dimuat naik ketika mereka membuat jamuan akhir tahun serta sambutan hari jadi sekali lagi mencuri tumpuan.

BACA : Cikgu Bantu Murid Lintas Longkang, Muka Persis Kang Gary Pula Yang Curi Tumpuan

Fikirkan unicorn mana datang sekolah tadi

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan sudah berjaya meraih puluhan ribu retweet daripada netizen. Dalam kemeriahan majlis berkenaan, murid-murid tersebut begitu teruja tatkala bermain passing bola sesama sendiri. Seperti biasa, kelibat Maisarah terus menjadi tumpuan utama pada majlis itu lebih-lebih lagi apabila dia dilihat memakai kostum unicorn yang sungguh comel.

Separuh akhir….tak pernah lagi bertanding masuk separuh akhir…🤣🤣🤣
#inikalilah pic.twitter.com/QJgsFEF9Gm

— MFH (@fazri_hassan) November 18, 2019

Rezeki di tangan Sarah…Unicorn membawa tuah hari ini

Jika kita fokuskan pandangan kepada Maisarah, dia tidak dapat lagi menyembunyikan rasa teruja ketika permainan tersebut berlangsung. Bahkan apabila permainan semakin rancak, dia sempat menggoyangkan kepala dengan lucu sehingga Cikgu Fazri sendiri pun berdekah. Walaupun hanya bermain game yang simple sahaja, semua murid nampaknya sangat terhibur dengan moment berkenaan. Mungkin ia nampak biasa di mata kita semua, namun pastinya menjadi kenangan luar biasa buat murid-murid istimewa ini.

Selesai…..you guys yg nak tengok gambar gambar dan video hari ni..follow lah facebook page ppki kami ya 😊https://t.co/YjIarP7sMi pic.twitter.com/65PN0Dnozh

— MFH (@fazri_hassan) November 18, 2019

Saat dilanda masalah, tersenyum lihat senyuman awak

Bukan sahaja Cikgu Fazri, malahan netizen yang menyaksikan video tersebut mengakui terhibur dengan aksi-aksi lucu yang dibuat oleh unicorn kecil itu. Bagi mereka sendiri, kecomelan yang ditunjukkan Maisarah seolah-olah membuatkan mereka dapat melupakan stres untuk sementara waktu. Tidak ketinggalan, netizen juga memberikan kata-kata penghargaan kepada guru yang setulus hati melayani anak murid mereka.

[VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling ‘Melting’ [VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling ‘Melting’ [VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling ‘Melting’

Sumber : Twitter Fazri Hassan

Tags: cikgumaisarahmuridunicorn
Next Post
[VIDEO] Terlebih Excited Main Pass Bola, Kelibat Unicorn Kecil Paling ‘Melting’

[VIDEO] Ramai Seram Lelaki Ini Rakam 'Penumpang' Tak Diundang Masa Balik Kerja

Tas Sling 3-in-1 Berkualiti Tinggi & Bergaya
Baju Melayu Eksklusif dengan Butang Berlian Percuma

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)