Utama Hiburan Terakam Kelibat Misteri, Adik TokTi Dedah Cerita Seram Nyanyi Di Hutan!

[VIDEO] Terakam Kelibat Misteri, Adik TokTi Dedah Cerita Seram Nyanyi Di Hutan!

Bagi mereka yang pernah bekerja sehingga waktu lewat malam, pasti pernah berdepan dengan beberapa situasi seram atau moment yang tak sedap hati. Mana taknya, sewaktu orang ramai sedang berehat itulah sinonim dengan bermacam-macam kisah seram lebih-lebih lagi pada malam Jumaat. Itulah antara detik yang dihadapi oleh adik kepada seniwati Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Nursaerah ketika menjayakan rakaman muzik video terbarunya.

BACA: Guna Kemenyan Buat Asap, Fazura Nampak Kelibat Hantu. Ini Kisah Seram Sebalik..

Seperti ada yang memerhati…bulu roma merinding

Ketika dia sedang sibuk melakukan aksi persembahan sambil memakai busana tradisional, lensa kamera sempat merakam kelibat entiti misteri di balik semak. Difahamkan lokasi penggambaran video terbabit adalah sebuah hutan di Kuang, Selangor.

Ada pakcik & budak kecil datang…bagi warning tempat ni ‘keras’

Menerusi pendedahannya kepada portal mStar pula baru-baru ini, penyanyi berusia 36 tahun ini berkata bahawa sangat terkejut dengan penampakan mistik yang sempat dirakam oleh pembantu peribadinya. Tidak cukup dengan itu, Siti Saerah membuka cerita bahawa krew produksi turut didatangi oleh seorang lelaki bersama seorang budak yang mendakwa kawasan tersebut ada ‘penunggu’.

Dah macam upacara pemujuaan…tapi gagahkan diri juga




Dalam pada itu, ibu kepada Ummi Umairah (peserta Ceria Megastar Ministar) turut menyifatkan pengalaman bekerja bagi menghasilkan karya lagu ini ibarat satu mimpi ngeri. Selain perlu mengenakan pakaian ‘Che Siti Wan Kembang’, mereka juga melakukan penggambaran sewaktu tengah Malam Jumaat sambil duduk di bawah pokok yang besar di tepi sebatang sungai. Pun begitu, dia tetap memberanikan diri demi melaksanakan cabaran berkenaan pada bulan September yang lalu.

Sumber: IG sitisairahtarudin & mStar

Artikel Popular