Inspirasi Viral

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh

Sharing is caring!

Setiap daripada kita mesti pernah termimpi atau terbayang beberapa situasi yang sangat menakutkan berlaku dalam hidup kan? Salah satunya mungkin kipas yang sedang beroperasi tiba-tiba jatuh dari siling dan jatuh menghempas kepala orang berada di bawahnya. Lebih-lebih lagi jikalau kipas tu tengah berpusing pada kelajuan maksimum, seram habis. Walaupun insiden sedemikian jarang dilaporkan, tetapi ia tetap boleh berlaku atas beberapa faktor.

BACA: [VIDEO] Tiba-Tiba Pengsan, Vokalis Floor 88 Bikin Cemas Jatuh Masa Konsert

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh
Gambar sekadar hiasan

Kun fayakun…nasib baik tunduk nak ambil sticker

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berhadapan detik menakutkan terbabit apabila kipas siling di tempat kerjanya tak semena-mena jatuh dan hampir mencederakannya. Mujur sahajalah pemuda berbaju merah tersebut dikatakan tunduk untuk mengutip sticker yang jatuh ke lantai sekali gus terselamat daripada insiden mencemaskan berkenaan. Malah jika diperhatikan betul-betul, komputer riba yang berada di atas meja juga tidak terjejas gara-gara insiden terbabit.


Benda ni paling takut sekali….syukur Allah masih melindungi

Masih terkejut dengan perkara itu, dia malah sempat memberikan reaksi lega terhadap orang yang dihubungi pasa masa itu. Rakaman berdurasi 44 saat yang dikongsikan oleh pengguna laman Twitter bernama @nrtniax telah meraih hampir 30 ribu retweets setakat ini. Selain mengambil hikmah daripadanya, rata-rata netizen juga meluahkan rasa bimbang terhadap kejadian yang sangat menakutkan tersebut.

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh


[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh

Sumber: Twitter nrtniax


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tertunduk Kutip Sticker, Kepala Lelaki Ini Nyaris Dihempap Kipas Jatuh

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram