Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak kejadian rompakan dan kecurian yang telah berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya di stesen minyak. Tindakan berani individu tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja boleh mengugat keselamatan, silap-silap boleh menyebabkan harta benda kita turut tergadai.
BACA:Â [VIDEO] Acah Isi Minyak Motor Di Sebelah, Warga Emas Panik Beg Diragut 2 Lelaki
Kejadian berlaku di stesen minyak, Temerloh Pahang…individu sempat cover kepala dengan hoodiesÂ
Menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, seorang wanita berhadapan dengan detik cemas apabila keretanya telah dilarikan oleh seorang pengunjung lelaki di sana. Kejadian pagi semalam berlaku di salah sebuah stesen pam minyak yang terletak di Kg. Megat Segama, Temerloh Pahang. Individu berkenaan pada mula dilihat melangkah perlahan ke arah kenderaan berwarna kuning itu sebelum menutup kepalanya dengan hoodies yang dipakai seolah-olah enggan mukanya dilihat.
Rakaman CCTV kes berlaku pagi semalam kecurian sebuah kereta ketika isi minyak di Stesen Minyak Petron Kg Megat Segama bersebelehan Taman Sri Semantan Batu 3 Temerloh Pahang..#inforoadblock
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, September 28, 2020
Lambat sedar ada orang masuk kereta…wanita hanya sempat pegang pintu sebelum tergolek
Apabila mendapati enjinnya masih hidup, individu terbabit meluru masuk ke kenderaan itu sebelum bergerak memecut tinggalkan lokasi tersebut. Gara-gara lambat menyedari kehadiran lelaki berkenaan, pemiliknya dilihat hanya sempat memegang pintu kereta sahaja sebelum tergolek. Dalam pada itu, situasi ini turut disaksikan sendiri oleh beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian.
Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap
Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura
Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.
![Kisah Dunia [VIDEO] Leka Isi Minyak, Wanita Terkejut Lepas Kereta Dilarikan Seorang Lelaki](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)