Artis

[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya

[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya
Rasaflix

Sharing is caring!

Berikutan dengan peningkatan isu COVID-19, terdapat beberapa pihak yang disarankan untuk menjalani ujian saringan termasuklah para artis. Selain itu, kebanyakan daripada mereka menunjukkan berbagai reaksi berbeza disebabkan menahan rasa perit. Baru-baru ini juga, Uyaina Arshad telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya melakukan ujian tersebut.

BACA: Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu

Doktor jolok hidung je, tapi rasa sampai ke otak

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina kelihatan sedikit gemuruh sebelum bersedia menjalani pemeriksaan. Dirinya juga terlihat tidak selesa sehingga hampir berkali-kali terbatuk dan menitikkan air mata. Katanya, rasa ngilu seakan-akan sudah ke hujung otak walaupun pihak perubatan telah melakukan ujian tersebut secara berhemah dan berhati-hati.


Orang lain buat relax je, tapi Yana rasa ngilu sangat

Awalnya dia menganggap ujian tersebut akan terasa biasa saja memandangkan orang lain yang turut melakukan ujian serupa semuanya tampak tenang. Namun setelah menjalani pemeriksaan itu, barulah keperitan sebenar dirasakan sendiri.

[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya


Tengok je pun dah terasa ngilu, itu belum buat lagi..

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat banyak perhatian daripada rakan-rakan artis lain yang bersimpati dengan keadaan Uyaina Arshad. Rata-rata dari mereka berkata bahawa terasa ngilu ketika melihat video tersebut. Bukan itu saja, ada juga segelintir netizen yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing ketika melakukan ujian saringan itu.

[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya

[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya

Sumber: Uyaina Arshad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Terbatuk & Menangis Buat Swab Test, Uyaina Arshad Kongsi Pengalamannya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes