Kesihatan Berita Semasa

Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu

Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu
Rasaflix

Sharing is caring!

Bulan puasa akan datang kali ini mungkin disambut dengan cara yang berlainan. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, wabak COVID-19 kian menular di seluruh dunia dan setiap hari pasti ada orang akan mengambil ujian swab. Kini disebabkan bulan mulia yang kian menjelang, Mufti Perlis telah tampil memberikan satu penjelasan penting buat seluruh umat Islam di Malaysia.

BACA: Frontliners Malaysia Dilayan First Class, Negara Lain Nurse Pun Buat Protes


Bukan tindakan makan dan minum

Memetik laporan Harian Metro, seseorang yang melakukan ujian swab tidak akan menyebabkan ibadah puasanya menjadi batal. Hal ini telah diterangkan oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai satu tindakan bukan untuk makan atau minum apabila memasukkan satu alat khusus ke dalam bahagian al-Jauf seperti rongga hidung dan belakang anak tekak pada kedalaman yang tertentu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa pendapat berkenaan dikuatkan lagi dengan merujuk kepada sebahagian daripada pandangan ulama Hanafi.

Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu


Ada mekanisma perubatan lain yang tak batalkan puasa

Sebelum ini selain daripada swab, kaedah memasukkan mekanisma perubatan lain seperti ‘gastroscope’ atau teropong perut juga sebenarnya tidak membatalkan puasa. Oleh itu, beliau menguatkan lagi bukti bahawa melakukan ujian swab yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan tidak membatalkan ibadah puasa seseorang.

Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu

Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu
Gambar Sekadar Hiasan

 

Sumber: FB Harian Metro, IG Malaysia Gazette


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Buat Ujian Swab Covid-19 Ketika Berpuasa, Ini Hukumnya Yang Ramai Tak Tahu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram