Viral

[VIDEO] Terbang Dari Malaysia Ke Mesir, Gadis Sebak Bapa Datang Buat Suprise

Proses menuntut ilmu bukanlah mudah namun ia satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sepanjang perjalanan membentuk diri menjadi individu berguna. Selain sibuk dengan kelas, tugasan dan juga peperiksaan, para pelajar pasti sesekali terusik dengan perasaan ‘homesick‘ apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga. Lebih-lebih lagi bagi yang menyambung pelajaran jauh di luar negara. 

BACA: Isteri Buat Kejutan Hamil Lagi Sempena Anniversary Tapi Reaksi Shukri Yahya Win

Terkejut ayah datang melawat dari Malaysia 

Advertisement

Sudahlah perlu berdikari seorang diri, sumber kekuatan pula jauh sekali dari sisi. Itulah dirasai seorang gadis ini yang menuntut di sebuah universiti di Mansoura, Mesir. Walau bagaimanapun, dia akhirnya dikejutkan oleh si ayah apabila lelaki tersebut terbang dari Malaysia semata-mata untuk datang melawatnya. Teruja dengan kedatangan tanpa disangka itu, dirinya sempat merakam detik-detik bertemu ayahnya dengan nada yang sangat gembira dan juga sedikit sebak. 

https://twitter.com/shaneisan/status/1212115700774526976?s=19

Datang berseorangan je tanpa ditemani orang lain

Advertisement

Sebelum itu, pelajar itu yang sedang mengharungi minggu peperiksaan begitu terkejut apabila menerima mesej daripada ayahnya mengatakan dia sedang dalam perjalanan ke sana. Walhal penerbangan lelaki berkenaan dijadualkan keesokan harinya. Bapanya juga hanya datang berseorangan tanpa ditemani si ibu dan ahli keluarga yang lain. 

Advertisement

Mata masuk habuk. Sweet sangat ni. 

Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih 57,700 kali beserta 3,900 retweets. Rata-rata netizen terharu apabila melihat pertemuan dua beranak berkenaan. Detik yang dikongsi itu telah menggamit kenangan serta rasa rindu mereka dengan ibu bapa masing-masing. 

Advertisement

Sumber: Twitter Shanei

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram