Cinta & Perhubungan Viral

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri
Rasaflix

Sharing is caring!

Mempunyai perasaan cinta sedari usia muda sememangnya lumrah biasa setiap manusia. Bahkan istilah ‘cinta monyet’ bukan lagi perkara pelik buat ramai orang pada zaman kini. Meskipun kebanyakan percintaan seperti ini sering kali berakhir apabila tamatnya zaman sekolah, namun lain pula kisah mengenai sepasang mempelai yang bagai pinang dibelah dua ini. Buat Nur Fikri Bin Yusof dan juga Syazwani Mohamed Amin, cinta monyet yang dijalinkan sejak sekolah menengah akhirnya menyatukan hati mereka ke jinjang pelamin.

BACA : Berbulan Kahwin Tapi Belum Merasa Rezeki Hamil, Wanita Ini Risau Perasaan Suami

Mula kenal dan bertukar biodata

Mengimbau semula detik perkenalan awal, ketika itu Fikri baharu sahaja berpindah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar. Menjalani hari orientasi bersama sewaktu berada di Tingkatan 4, jejaka ini nampaknya terpanah apabila melihat kelibat isterinya ketika itu. Siapa menduga pandangan kali pertama berkenaan rupanya detik permulaan bibit-bibit cinta antara mereka berdua.

Mula-mula dia sengih tengok aku. Dari situlah mula kenal dan siap bertukar-tukar biodata. Mula-mula nak jadi kawan je. tak nak lebih-lebih. Siap rancang nak masuk universiti sama-sama.


Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Nangis sebelah rak kasut sebab suami pindah sekolah

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Berbulan-bulan selepas menyimpan perasaan sesama sendiri, Wani tiba-tiba dikejutkan dengan berita bahawa Fikri bakal berpindah semula ke sekolah lamanya yang bertempat di sekitar Pagoh. Berita sedih itu diketahui melalui sepucuk surat yang disampaikan daripada seorang sahabat mereka.

 1/7/2011 iaitu sehari sebelum birthday aku, fikri bagi tahu nak pindah sekolah secara mengejut. Masa tu tengah sedih kena stay hostel dan tak dapat balik rumah. lepas dapat surat tu terus terpinga-pinga. aku keluar dorm and baca surat tu dekat sebelah rak kasut. sambil tu menangis kenangkan nasib. lepas tu nampak pula fikri dengan member dia dah angkut barang. Tak dapat terima kenyataan dia pindah. rasa kehilangan sebab dia member lelaki paling rapat. Tapi lepas pindah tu kiteorang terus declare. kononnya cop dulu supaya orang lain tak ambil.

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Dalam hubungan kena banyak tolak ansur

Mendengar berita perpindahan Fikri ke sekolah lain, jiwa remaja Wani ketika itu boleh dikatakan hancur lebur. Namun sejak itu, barulah mereka berdua mengikat hubungan percintaan secara rasmi. Hampir 6 tahun menjalinkan hubungan cinta, mereka mula bertemu dengan keluarga masing-masing dan akhirnya bertunang pada hujung tahun 2017. Enggan menunggu lebih lama, Wani dan Fikri akhirnya sah mendirikan rumah tangga pada awal bulan Disember lalu dan mereka sempat juga membuat wedding photoshoot di sekolah lama berkenaan.


Kenangan paling tak boleh lupa masa berbalas surat. Padahal boleh je bercakap face to face. Teknik old school tapi itu yang kami rindukan sampai sekarang. Dalam hubungan kena banyak toloak ansur dan tak buat keputusan melulu. Semua bergantung pada jodoh. Kalau dah genggam kuat dan dia bukan jodoh kita, dia tetap akan pergi. Kalau kita lepaskan jauh-jauh dan tertulis dia jodoh kita, dia mesti akan kembali. Alhamdulillah sekarang berjodoh. Semoga jodoh ni kekal hingga syurga.

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Sumber : Syazwani Mohd Amin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dulu Nangis Di Rak Kasut Bila Pakwe Pindah Sekolah, Kini Sah Jadi Suami Isteri

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes