Setiap wanita mesti nak selalu kelihatan cantik. Terdapat banyak jenis alat makeup yang digunakan oleh para gadis di luar sana antaranya adalah eyeliner. Namun, masih ada sesetengah daripada wanita masih mengalami kesukaran untuk memakai alat solek. Hal ini demikian kerana mereka tiada keyakinan untuk memakai eyeliner itu dengan sendiri. Oleh itu, perkongsian tips mudah memakai eyeliner ini dapat membantu.
BACA : Bersungguh Makeup Tapi Masih Nampak Jerawat? MUA Jelaskan Realiti Dunia Solekan
Tak tahu nak pakai eyeliner, senang je cara dia…
Menurut video wanita yang telah mendapat lebih 600 ribu tontonan ini, langkah pertama memakai eyeliner adalah dengan membuat garis di hujung mata. Garisan yang sedia ada tersebut kemudian disambungkan dengan garis di kawasan alis mata hingga membentuk wing pada tepi mata. Bagi yang menyukai, mereka boleh menghitamkan lagi alis mata tersebut agar kelihatan lebih elegant. Garis eyeliner ini tidak perlu ditarik hingga ke bahagian hadapan alis mata agar hasilnya nanti tak kelihatan comot.
@rozyanaroslan2 Eyeliner versi bedah 😏
Oh macam ni baru tahu, senang je rupanya…
Menjengah ke ruangan komen video Tiktok ini, kebanyakan netizen memberikan respon yang positif kepada wanita ini selain ucapan terima kasih di atas tips berguna. Ada juga daripada mereka yang baru mengetahui cara pemakaian eyeliner ini. Tidak ketinggalan juga orang ramai yang memuji kecantikan wanita ini.
Sumber : Tiktok @rozyana93